
Kat sini ,tanpa sijil MOT, road tax dan insurance kereta tak d benarkan bergerak d jalanraya. Semuanya wajib ada dalam satu pakej, Kalau tak , memang saja cari pasal ... Dan risiko nya agak tinggi kerana mudah saja d kesan oleh polis peronda . Bila dah kener tahan dek polis nanti , surely kos yang terlibat lebih tinggi dari kos MOT dan repair kenderaan . Jadi tak berbaloi lah pulak .
Maka Sabtu lepas, penulis pun hantarlah keter ke bengkel MOT d Newcastle ini. Bila dah hantar, tinggalkan keter jap dan pegi buat kejer lain , selepas 2-3 jam , tuan kedai MOT pun call .
' there r 4 items need to repair ', Hah? perasaan penulis mulalah gelisah . 'hw much d total cost ?' penulis hanya berminat nak tahu kos nya sahaja . Dia pun cakaplah....ratusan pound..mak oiii ... berpinau kepala ..hehe . Banyaknya weh..., mana pulak nak raba duit sebanyak itu . Bila rayu punya rayu , tak jalan jugak, they stick to d printed comments . Selepas bayar yuran MOT test sebanyak 45 pound , maka penulis dan kawan pun carilah bengkel yang murah2 untuk repair keter sebagaimana yang d tulis dalam comment MOT itu. Ada bengkel murah , tapi tutup pulak , esok hari ahad , tutup gak lagi . Hmm...nasib tak menyebelahi penulis kali ini.
Lepas tu otak jadi ligat sikit , penulis pun tanya rakan2 yang lain . Alhmdulillah, dpt satu bengkel MOT yg kira OK d jalan ke Seaham sana. Yang dah pegi kata , 'kejap jer bang tak sampai 15 minit pun ...' , 'dan tak der comment apa2 pun...' , wah...suprised betul lah.. Bila dengar citer kawan nih , naik balik semangat yg dah lembik tadi. Maka penulis pun buat 're-calculation' balik, buat MOT sekali lagi lah..., mungkin kali ni , mekanik tu akan bagi laluan mudah untuk keluarkan sijil MOT n tak 'strict' macam mekanik sebelum ini .
Isnin, baru dapat pegi ke sana, terpaksa 'Q' dulu dalam setengah jam. Sambil2 tu, tengok diaorang buat MOT inspection n testing . Wah bagusnya n rasa puas hati dengan kejer mekanik veteran nih. Sebabnya, boleh kita boleh tengok kerjer2 yang diaorang buat . Diaorang check betul2...lampu depan belakang , high beam , low beam, signal light , emergency light , brake light , karat2 dan keadaan d bawah kereta , keadaan engine , engine belt , keadaan wiper , keadaan shaft depan dan shaft belakang , hand brake dengan pedal brake, sit belt , steering , horn dan last sekali smoke emission test ...
rupa2nya, test result baru sama jer dengan yang mekanik MOT dulu . Bcos d inspection n testing is using d same method n procedure . Cuma bezanya , kos MOT kat sini hanya 30 pound sahaja . Mereka hanya amik 10 pound sahaja sekiranya tak lulus sijil MOT , dah lulus n keluarkan certificate MOT , baru lah bayar semua . (mekanik yang sebelum ini charge 45 pound, samaada lulus atau tidak )
Bila d tanya berapa kos repair ....ala hai...murah n reasonable . Tak sampai 100 pound pun (termasuk kos MOT) . Barulah 'surut' sikit blood pressure penulis nih...hehe . Depa suruh datang keesokkan nya , datang awal2 pagi . Repair pun amik masa kejap sahaja , yang amik masa lama sebab nak buka skrew susah sikit sebab karat dah tebal ...kletung-kletang .. kesian pulak tengok mekanik mat salleh ni buat kejer . Macam tak professional jer...hehe
Bila dah dapat sijil MOT .. rasa macam dapat ijazah sarjana lah pulak . Mekanik dengan wajah ceria pun pun berkata ' c u next year ...' . hehe..alhmdulillah seronoknya, bila dah dapat sijil MOT nih. Sebenarnya , rasa confident bila bawa keter buruk nih jadi lebih sikit . Sedikit sebanyak dah rasa selamat la sikit nak bawa keter jauh jauh. Perasaan sayang pada keter pun bertambah gak lah ..hehe . Sebab dah tahu , rasanya tak banyak problem selepas nih , sekurang2 nya untuk tempoh masa setahun lagi . Insyaallah .
lepas nih , penulis pun boleh lah jadi penasihat MOT yang tak bertauliah ...hehe . Sebenarnya, bukan apa pun, cuma nak tolong kawan2 supaya sama2 senang dan menjimatkan duit yang sedikit yang ada ini dengan sebaik2nya dan juga supaya keter kita selamat d gunakan agar
keselamatan kita dan keluarga terjamin apabila d jalanraya ...
'Dan bertolonglah kamu dalam kerja kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolongan dalam kerja dosa dan permusuhan ' - al maidah :2
wallahuaklam
pls - timakaseh kepada rakan2 yg telah banyak membantu utk dapatkan MOT dan sampai sekarang makna ' MOT' pun masih tak tahu...hehe

No comments:
Post a Comment