allah swt dan turut gembira dengan kelahiran baby dan juga gembira dengan semangat kekeluargaan dan persaudaraan yang ada d Newcastle ini.
Sewaktu mula2 isteri mengandungkan anak ini, hati penulis dah risau dengan banyak perkara khususnya kemungkinan2 yang akan berlaku sewaktu mengandung dan bersalin nanti . Maklumlah dah duduk kat negeri orang, sudah tentu lain cara , lain budaya , lain karenah dan lain juga birokrasi nya. Mula2 risau dari segi kos perbelanjaan untuk bersalin . Kalu d hospital
swasta d Mesia sudah tentu kosnya tinggi sehingga mencecah beribu ringgit dan kalu nak beranak d hospital kerajaan pula mungkin layanan nya tidak sesempurna seperti d swasta. Apatah lagi d negara mat salleh ini yang currency nya lebih tinggi dari duit mesia. Mana pulak nak raba duit sebanyak beribu2 pound untuk mendapatkan layanan dan rawatan yg terbaik. Kalu harapkan duit biasiswa, bolehlah setakat lepas makan minum n sewa rumah juga perkara asas yang lain sahaja. Lebih daripada itu memang d luar kemampuan semua rakyat mesia yang belajar d sini.
' layanan hospital kat sini first class bang dan percuma lagi...’ kata beberapa orang rakan2 yang dah berpengalaman melahirkan anak d sini . Memang benar, sejak dari awal mengandung sehinggakan melahirkan anak semua layanan adalah bertaraf first class dan free. Teringat lagi , bila setiap kali jumpa midwife kawasan (lokaliti) , penulis dan isteri sentiasa d sambut dengan penuh mesra, ceria , berlemah lembut , mengambil berat (concern) , bersistematik dan professional. Walaupun kita bukannya rakyat british tapi d layan macam macam warganegara mereka juga, bukan seperti warganegara second or without class. Begitu juga semasa d wad bersalin(labour room) , semua midwives yang ada d situ sentiasa memberikan rangsangan dan semangat kepada kami .‘ your push very great, very strong, lovely done ..fantastic ..'.n many kind of positive words from them. Nak encourage isteri supaya sentiasa bersemangat mengeluarkan baby. Dan d lain kes , baby bersin pun , midwife kata kat baby ' god bless u '
Hmm ...kalu nak layanan istimewa seperti tadi d mesia , semuanya mesti berbayar bukannya free..semua dah jadi bisness minded belaka , dah kurang nilai2 social obligation. Rasanya , in future , kalu setiap kali nak bersalin nanti , elok datang kat newcastle sini saja , lepas dah bersalin balik la ke mesia balik...hehe.
Naufal Aidi keluar dengan bantuan ‘ventouse’ setelah d induce beberapa jam dan keluar berkeadaan dua (2 ) belitan tali pusat d lehernya. Panik juga bila tengok keadaan tersebut kerana baby sampai tersekat2 nak menjerit dan sampai suara pun macam tak terkeluar . Tapi , Alhamdulilah , doktor dan midwife memang cukup tenang dan mahir dengan kerja mereka .
Kemudian barulah Naufal Aidi d letakkan d atas dada isteri , kami berasa sangat2 syukur pada allah , bahwa penantian selama sembilan (9) bulan yang begitu panjang dan berliku ini berakhir dengan selamat. Berkali2 penulis dan isteri mengucapkan azan dan takbir bila naufal berada d dada isteri. Anugerah allah berikan ini sungguh tak ternilai harganya buat kami. Tak kira la , ikut rupa siapa , yang penting naufal aidi sihat dan sempurna pancainderanya.
Sebenarnya , sukar nak d bayangkan dan d ceritakan betapa susahnya nak melahirkan anak nih. Hanya orang yang dah melalui pengalaman ini dapat merasakan seksa dan sakitnya. Macam rasa nak mati . Memang penulis ‘tabik’ pada ibu2 yang punyai anak ramai kat sini . Pengorbanan kaum ibu memang tak terbalas dengan wang ringgit kerana nyawa sebagai taruhan . Teringat ketika d wad induction (sebelum masuk delivery suite) d mana penulis saja buat kelakar sikit kat isteri.... , ‘nasiblah , orang lelaki tak boleh mengandung kan.?.’, isteri dalam keadaan sakit2 'contraction' pun tersengih sekejap sambil menahan sakit dgn lawak bodoh penulis ...hehe. Mula2 isteri kata cuba bertahan dengan kesakitan 'contraction' . Tapi bila dah melalui keadaan yang sebenarnya , isteri dah start minta gas entonox . Lepas dah lama sikit , makin tak tahan , minta pula jab 'dymorphine' . Alhamdulillah tak sampai minta ker ' epidural ' lagi . Dan rasanya , sekuat dan segagah mana lelaki pun, takkan sanggup nak menanggung kesakitan dan kesabaran sewaktu mengandung dan melahirkan anak . Oleh itu , kener hargai pengorbanan
isteri2 selepas ini , wahai cik2 abang sekalian. Hehe...
Dan bila penulis tengok baby yang baru lahir nih. Dalam hati pun berkata , hai seronoknya dia . Boleh tido puas2 , boleh nangis kuat2 , boleh berak sesuka hati ...hehe. Semuanya akan d layan macam raja, tak kira masa walaupun d tengah2 malam . Terbayang gak sewaktu kecik2 dulu , kita juga d layan macam raja oleh parents. Tapi semuanya lupa bila dah besar panjang.
dan kawan2 yang mempunyai anak2 kecil pun berkata 'welcome to our sleepless night club ' (sebab kener berjaga malam buat susu dan tukar pampers)
Kadang2 tersengih juga sekali sekala bila tengok gelagat budak kecik ni walaupun dah d bedung ketat , tetapi dia akan cuba juga keluarkan kedua2 tangannya walaupun dah tido . Agaknya , baby zaman moden nih dah tak reti lagi d bedung2 kot. Semua mesti free , fair n equal . Dan sekarang nih penulis dah tak sabar2 pulak nak main2 dengan dia , nak tengok dia jalan terkedek-kedek ...hehe.
Dan mungkin ada satu perkara yg merisaukan lagi setiap ibubapa. Setakat makanan,minuman , kesihatan , keselesaan , pakaian dan tempat tinggal , Insyaallah , boleh d usahakan oleh penulis dan juga semua bapa2 . Tetapi nak mendidik anak ini supaya jadi seorang anak yang soleh dan berguna apabila dewasa kelak sudah tentulah jalannya tidak begitu mudah. Banyak ranjau yang akan d hadapi nanti . Setakat sehingga umur 12 tahun , boleh lagi d pandukan jalan hidupnya . Tetapi bila dah masuk remaja , peranan kawan dan suasana sekeliling akan mula ambil alih , itu yang merisaukan ibubapa terutama bila melihatkan keadaan remaja tanahair sekarang dengan berbagai2 masalah sosial. Baik remaja lelaki , lebih2 lagi remaja perempuan . Dan begitu juga , mungkin agak mudah untuk memastikan anak dapat semua A’s dalam akademik tetapi tak lah semudah untuk dapat A dalam keimanan , akhlaknya dan ibadahnya . Semoga allah swt memelihara anak2 n keturunan kita semua.
Doa nabi zakariyya , boleh kita amalkan selalu dalam doa seharian kita ...
' Ya tuhanku , berilah aku keturunan yg baik dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa ' - alimran :38
wallahuakalm

No comments:
Post a Comment