Friday, 19 June 2009

Hilangnya perlu d ganti

Sewaktu hendak memulakan usrah dengan adik2 INTEC ( yang bakal ker India dan UK) beberapa tahun lepas, penulis membelek2 buku yang d pegang n berkata "silibus usrah kita, akan menggunakan buku 'APA ERTI NYA SAYA MENGANUT ISLAM' . Bukunya agak kecil dan d terbitkan oleh pustaka salam . Masih lagi berada dalam keadaan baik dan agak kekuningan tetapi, yang menariknya n memeranjatkan penulis sendiri adalah buku tersebut telah d tandatangani penulis pada tahun 1987. Semua ahli usrah terperanjat, rupanya buku ini lebih tua dari usia semua ahli usrah ..hehe. Manakala penulis pun dah bergelar pakcik pada mereka.

Rasanya semua orang yang pernah melalui sistem usrah cukup kenal dengan buku ini beserta isi kandungannya. Buku ini menerangkan beberapa perkara perkara penting yang perlu ada pada setiap individu Muslim dari aspek akidah, Ibadah, Akhlak , keluarga, masyarakat , pengabungan dengan gerakan Islam dan lain2 lagi. Isinya padat dan ringkas serta memerlukan kupasan yang lebih terperinci oleh setiap naqib dan ahli2 usrah. Buku ini menjadi teks awal d dalam silibus usrah yang pada ketika itu tidak banyak buku2 berkenaan fikrah islam d pasaran.

Buku ini telah d karang oleh seorang pendakwah yg terkenal iaitu Syeikh Dr Fathi Yakan seroang ulama dari Lubnan. Dan d antara orang penting yang mengasaskan gerakan Islam d sana. Beliau baru sahaja meninggalkan kita buat selama2nya pada usia 76 tahun pada hari sabtu lepas (13 june 09) . Kehilangan beliau amat d rasai oleh dunia islam khususnya mereka yang terlibat d dalam medan dakwah . Jasa beliau, melalui buku ini dan beberapa buku yang lain , banyak membantu kita untuk mengenal islam sebagai satu cara hidup yang syumul lagi praktikal.

Pemergian beliau telah mencetuskan kesedaran pada penulis bila mengambarkan betapa besarnya jasa dan sumbangan beliau itu kepada umat islam kini. Hasil tulisan beliau itu telah menjadi sebab kepada kesedaran dan kepentingan mengenali islam yang syumul, kemudian kepada penghayatan islam d dalam kehidupan harian dan sesudah itu supaya menggabungkan diri d dalam perjuangan Islam. Sudah tentulah, ianya menjadi amal jariah, ilmu yang bermenafaat yang d tinggalkan kepada umat islam sejagat yang memberikan keuntungan kepada diri fathi yakan sendiri . D mana sesuai dengan sabda rasul saw ..

' Apabila seorang itu mati, putuslah amalnya kecuali 3 perkara, sedeqah jariah , ilmu yang bermanafaat pada orang lain dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya ' - muslim

Begitulah pemurahnya allah swt dalam memberikan ganjaran yang baik dan berkekalan kepada hamba2nya yang komited menjadikan dunia ini sebagai medan untuk beramal.

Penulis juga menyeru rakan2 , sahabat2 dan teman2 seperjuangan yang pernah satu ketika dahulu mempelajari isi kandungan ' mengapa saya menganut islam' , supaya membajai semula penghayatan dan perjuangan islam tersebut d dalam kehidupan masing2 agar kita yang semakin terleka n jauh d kala ini , dapat d selamatkan daripada terus hanyut dan hancur d telan dengan perhiasan dunia yang serba mempersonakan.

Kita harapkan agar hilangnya Syeikh Dr. Fathi Yakan dari muka bumi ini , akan d ganti dengan kembalinya kita semua kepada kesedaran dalam penghayatan dan saff perjuangan islam.

Maka hidupkanlah kembali usrah2 kita yang telah lama tidak d janakan sebagai teras tarbiyyah , daurah2, tamrin2, ziarah , rehlah, qiamullail dan sebagainya supaya kita dan generasi akan datang nanti sentiasa bersama dan akan terus komited dengan islam.

' d antara kaum mukmin itu ada orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada allah . Maka d antara mereka ada yang gugur dan d antara mereka ada yang menanti. Mereka sedikitpun tidak mengubah janjinya , supaya allah memberikan balasan kepada orang2 yang shadiq (benar) kerana kejujurannya ' - al ahzab :23-24

wallahuaklam

No comments: