Saturday, 11 July 2009

Siang nan panjang

' Best nyer panas matahari hari nih eh..., alhamdulillah' kata penulis kepada isteri bila melihat sinar mentari pagi yg terang dan terik d hadapan pintu rumah sewa kami. Tak tau macammana nak d gambarkan perasaan gembira yg terover2. Masa ni , terasa macam nak dok d UK lama2 la pulak ..hehe

Tapi, semasa winter hari tu, hari2 rasa nak balik. Tak tahan dengan kedinginan pagi, petang n lebih2 lagi waktu malam. Walaupun dah berlapis2 baju d pakai dan tebalnya stokin d kaki serta berteankan gas heater hampir sepanjang masa namun kesejukkan tetap menikam daging dan tulang belulang. Tapi apakan daya, keperitan hidup semasa winter perlu d telan jugak. Walaupun
orang dok kata, seronok tengok salji turun dan bermain2 dengan salji tetapi sebenarnya itu cuma untuk seketika sahaja . Hakikatnya, banyak kesengsaraan daripada cerita2 yang seronok tu.

Mat salleh kat rumah nampak happy semula bila cuaca panas. " Its a lovely day, Lovely morning' kata2 yang pernah penulis dengar . Yang tua2 akan duduk d kerusi berjemur d depan rumah masing2, manakala yang berkeluarga dan muda pula berjemur d padang2. Kini, barulah penulis faham kenapa mat2 salleh suka ' sun bedding' kerana penulis pun dah terikut2 dah bila ada kesempatan d padang ..hehe. Baru tau bahwa nikmat allah swt melalui sinaran kepanasan matahari ni sungguh besar nikmatnya kepada manusia dan kehidupan d dunia. Tapi, mat2 salleh memang tak tahu nak bersyukur dengan nikmat ilahi ini. Apatah lagi kita yang beriman, sedikit pula yang tahu bersyukur . Sebagaimana firman Allah swt ..

'..dan sememangnya sedikit sekali d antara hamba2ku yang bersyukur ' As Saba:13

Nasihat penulis, bila berjemur lama2 d bawah panas matahari terik ni , kener hati2 sikit kerana ianya akan menyebabkan kulit kita mudah rosak. Mula2 ' sun burn', lepas tu 'skin damage' n lepas tu 'skin cancer'. Tapi kalu nak amalkan habit berjemur d tanahair, memang tak d buat orang, hangus nanti...hehe

Pun begitu , walaupun d katakan summer, cuacanya panas. Tetapi kalu tido waktu tengahari kener berselimut jugak.

Ketika summer ini juga , kawan2 ramai yang buat makan2 d rumah. Ada yang buat kerana menyambut harijadi anak2 summer dan ada juga yg suka2 ajak kawan2 mai makan2. Seronok bila dapat kumpul ramai2 dan makan free nih. Sekurang2nya dapat 'taste' pelbagai masakan tanahair seperti mee kari, laksa, nasi ayam n kuih muih . Macam hari raya pulak rasanya..hehe. Tapi bila dah seronok menikmati makanan dan berborak nih, sedar tak sedar , rupanya dah masuk pukul 9 malam. Nama ja dah malam tapi kira masih petang lagi...langit cerah.

bila jumpa kawan2 masa summer nih , penulis akan tanya' hang solat isya' pukul berapa? solat subuh pukul berapa?' bukan apa , cuma nak tahu time solat yang praktikal d waktu summer. Sebab waktu isyak masuk semasa waktu baru start tido (1130pm) dan waktu subuh pula habis sebelum bangun pagi (430am) . Bila d tanya , ramai yang dah amalkan solat jamak isyak seperti mana d amalkan oleh sesetengah masjid dan mengikut fatwa ulama eropah. Antara hujah mereka ialah , waktu isyak hampir tiada atau tiada langsung kerana langit sentiasa cerah d mana fajar merah sentiasa ada sehingga ke subuh. Teringat citer ustaz maszlee bila anak2nya bertanya ' tak boleh ker kita solat maghrib , jamak isyak dan jamak subuh sekali ? hehe. Kira nak 'borong' semua solat dalam satu waktu , lepas tu baru tido.

Camner pun penulis ingatkan diri sendiri gak agar sentiasa istiqamah dalam mentaati perintah allah swt walaupun dalam keadaan susah payah macamman sekalipun d waktu summer ini.

' Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya dan petunjuk serta penyelamat pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya mendapat cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan d bangkitkan bersama firaun , qarun, haman dan ubai bin khalaf (iaitu mereka dari kaum kafir) '
- hadith riwayat Ahmad , ibnu hibban dan thabari

lain halnya d mesia, solat terabai sebab sibuk dengan meeting2, kerja2 pejabat dan jammed d jalanraya ...sibuk memanjang jer...

wallahuaklam

No comments: