Thursday, 28 May 2009

Siapa Naufal Aidi tu ?

Ada yg bertanya , 'siapa dia naufal aidi itu ?' hehe..sebenarnya, penulis dan isteri masih lagi berdebar2 menanti kelahiran nya ke muka bumi ini . Naufal aidi masih lagi berada d dalam perut ummi dia . Sedang menyiku , menendang2, menegang dan berpusing2 d dalam perut sehingga kekadang membuatkan umminya terperanjat, kesakitan dan terasa membuang air kecil akibat aktiviti naufal yg lasak d dalam perut.

Sering saja ummi berbual2 dengan naufal aidi supaya jangan tendang kuat2 sangat , jangan tendang kat rusuk dan bawah ummi, ummi sakit dan sumetimes berair mata ummi kerana menahan kesakitan. Kadang2 ummi rasa nak pegang2 tulang naufal aidi yg timbul supaya jangan lasak sangat sambil ketawa kecil . Pelik perangai ummi nih , walau sakit macammana pun ummi tetap gembira dan senang dengan aktiviti naufal aidi dalam perut. Kalau naufal aidi lama tak bergerak2 , dia kejutkan naufal aidi supaya bergerak2. Perasaan ummi menjadi risau kalau naufal aidi tak bergerak dalam perut.

Ketika scan buat kali pertama , setelah 5 bulan mengandung . Midwive bagitau , ' he is a boy !!' sambil tersengih kerana semua orang nampak dengan jelas jantina naufal aidi . Kami bersyukur pada allah swt yg maha pengasih lagi maha penyayang kerana midwive bagitau yg naufal aidi nampak sihat dan sempurna pancaindera setelah scan menyeluruh d lakukan.

Nama Naufal Aidi d pilih kerana naufal bermaksud dermawan , mudah2an naufal aidi menjadi seorang dermawan sebaik saja dia d lahirkan d bumi ini nanti . ameen. Manakala 'aidi' pula , nak bagi sedap panggilan jer... Lagipun sekiranya nama naufal sahaja , sudah agak ramai berkongsi nama tersebut. So , tambahlah sikit nama yg baik walaupun tak mempunyai maksud itu. Mungkin juga sebab nama pena penulis ialah adi aidi , maka itupun ada kebenarannya jugak.

Pernah seorang anak bertanya kepada saidina umar

' Apakah hak2 mereka (anak2) ?'

maka saidina umar pun menjawab

'Hendaklah si bapa memilih ibu yg solehah , memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarkannya al Quran '

wallahuaklam

No comments: