Bila mak dah tua nih , mak dah sukar nak berjalan dengan baik , sentiasa terbongkok2 dan mengadu sakit tulang belakang . Barulah dia bercerita sedikit yg sakit tulang belakang nya sekarang adalah kesan daripada melahirkan kami semua. Dulu sewaktu mengandungkan kami , sentiasa saja krem d kaki dan hanya dapat menyeret kakinya (sukar nak berjalan ) bila masuk bulan ke 5 . Kesian mak , besar sungguh pengorbanan mak mengandungkan kami selama ini.
Dalam alquran , Allah menukilkan pengorbanan seorang yang bernama mak ini, khususnya d dalam surah al ahqaf :15
'.....Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula....'
Semasa kecil juga , penulis pernah marah kat mak . Kemudian penulis tak balik rumah sehari suntuk . Akibatnya , penulis mendapat bintik2 dan gatal satu badan bila balik kerumah . Mak jugak lah yg merawat dengan menyapu ubat krim keseluruh badan sambil beri nasihat supaya jangan melawan mak lagi . Kawan2 mak yg datang kerumah melihat penulis d sapu krim . Semua orang kata , ni kener chicken pox kot...habis satu badan jadi bahan experiment oleh doktor2 makcik yg tak bertauliah tu...hehe , dan selang beberapa hari lepas tu barulah sembuh semula. Alhmdulillah sampai sekarang tak pernah lagi kener chicken pox dan peristiwa tu menjadi pengajaran supaya jangan melawan mak. Balasan dari allah swt sangat cepat ..
Beberapa tahun lepas , mak masuk ke hospital kuala pilah untuk pertama kali . Abah datang bagitau kat penulis , ' mak kau kener denggi , platlet darahnya dah turun banyak . mak kau , hanya dengar cakap kau , eloklah kau nasihatlah dia supaya minum air banyak ', lepas pesan abah aku pun cakap dan nasihat mak supaya minum air banyak2 , jangan takut pegi toilet banyak kali , platlet darah dah turun sampai belas2 sahaja , kalu d biarkan mungkin lebih rendah lagi, bintik2 merah pun dah naik satu badan kalau d biarkan mungkin akan tinggal lebih lama d hospital dan pembuluh2 darah akan pecah , gusi kita pun akan berdarah jugak ' alhmdulillah mak ikut nasihat penulis walaupun bukan seorang doktor dan selepas itu barulah ada improvement dan mak keluar hospital selepas lebih seminggu d sana. Ramai ustaz2 berpesan , masa hiduplah kita nak ziarah mak tetapi bila dah mati nanti, sudah tiada makna lagi sebab mak bukan boleh bercakap2 lagi pada ketika itu.
Suatu hari mak dan abah bagitau yang mereka nak pegi buat haji . Entah tiba2 sahaja , dada penulis menjadi sebak yg amat sangat , rasa nak menangis kerana terlalu sedih , takut2 tak dapat berjumpa mereka buat selama2nya . Tak tau lah kenapa perasaan itu tiba2 ada. Tapi sebagai seorang anak lelaki , penulis dapat sahaja control perasaan d hadapan mereka walaupun sesekali mata dah mula berair. Terasa berat nak memikul tanggungjawab menjaga adik2 yg lain yang selama ini berpayung d bawah kasih sayang mak dan abah.
Setiap kali bila bersalaman dan menguncup tangan mak . Mak selalu saja nak memeluk dan mencium kedua2 pipi penulis .Kadang2 terbutir beberapa ucapan dari mulutnya...' mak ampunkan kesalahan kau'. Alangkah gembira dan terharunya bila mendengar kata2 mak itu. Dan penulis juga berharap dan berdoa, agar mak juga d ampunkan oleh allah swt. Sabda nabi saw , riwayat atturmidzi ...
' keredhaan allah adalah bersama keredaan ibubapa , dan kemurkaan allah adalah bersama kemurkaan ibubapa'
Sempena hari ibu pada 10 May lepas , penulis cuba nukilkan cerita2 d atas untuk renungan bersama . Walaupun telah lama berlalu tapi sebenarnya bagi kita orang2 yg beriman , hari ibu adalah setiap hari2 yg d lalui selagi mana ibu kita masih hidup . Tidak seperti mat2 salleh dan mereka2 yg tiada iman , hari ibu d sambut pada hari itu sahajalah ...kemudian ibunya yang sudah tua d tinggalkan begitu sahaja .
Kita yg berbangsa melayu ni , ramai juga yg lupa bila dah kawen , isteri lebih d sayangi daripada mak yg sudah tua . Padahal mak kita itu lah yg telah membesarkan kita , mendidik , mengasuh, memberi kasih sayang dan tak putus2 mendoakan kejayaan dan kebahagian kita. Kita juga sering d ceritakan kisah Alqamah yg hampir saja tidak dapat mengucap syahadah d akhir hayatnya. Semuanya adalah kerana melebihkan sedikit keperluan isteri daripada ibunya . Seharusnya kisah ini menjadi pengajaran pada kita para2 suami.
Dan ramai juga yg lupa bila dah berpendidikan tinggi dan berkedudukan tinggi , menjadi pensyarah , doktor , jurutera , peguam dan professional yg lain terus lupa akan mak. Sentiasa sibuk memanjang dengan tugas2 harian . Siang bekerja , malam pula jumpa kawan2 bisness dan weekend terus dengan kelab2 golf dan pelbagai aktiviti yg lain dengan kawan2 dan keluarga. Tapi untuk call mak sekejap, pun amat sukar d lakukan , apatah lagi utk menziarahi mak setiap bulan. Mungkin masa mak ada , kita tak rasa kehadirannya tetapi bila dia dah tiada barulah kita mula merinduinya.
Tapi alhmdulillah teman2 penulis d sini sentiasa menyelitkan cerita2 mak2 mereka d mesia . Walaupun jauh d mata , namun mak2 sentiasa d hubungi melalui internet dan telefon . Sehinggakan ada teman2 d sini yg call mak2 lebih kerap dari adik beradik yg lain yang duduk kat kl dan kat penang mahupun kat jb. Masyaallah seronoknya dengar citer2 seperti ini. Sejuk perut mak yg mengandungkan kalian semua.
Mak penulis selalu gak komplen ...' dah lamo tak dongar berita kau , mano poiiiee kau ??', hehe..padahal tak sampai seminggu call mak. Agaknya mak kita ni , kalu boleh hari2 nak dengar berita kita dan lihat muka kita. Hehe.... mudah2an sentiasa menjadi anak mak sehingga akhir hayat.
Kepada bakal2 mak dan sudah menjadi mak , selamat hari mak . Semoga kita sentiasa mengasuh anak2 kita dengan ajaran2 agama . Dengan menitikberatkan pendidikan alquran , iman, fiqh, akhlak kepada anak2 melebihi daripada didikan pada sains, matematik dan english. Agar kita tidak kesunyian dan berendam air mata d waktu tua nanti.
kata pepatah melayu ...' sayangkan anak tangan2kan , sayangkan isteri tinggal2kan ' dan penulis pun menokok tambah sedikit lagi ....'sayangkan mak ,tepon2lah mereka k...',
marilah kita sama2 berdoa untuk mak dan abah dengan doa yg d ajar d dalam alquran
'wahai tuhan kami , ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami....'
- Nuh :28
'....wahai tuhan kami , kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil '
-al Isra : 24
wallahuaklam

No comments:
Post a Comment