BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur , Alhmdulillah kerana allah swt memberikan diri ini kekuatan untuk menulis blog . Pelbagai rintangan berupa bentuk kemalasan, kecetekan ilmu mengenai IT, ilmu kreativiti dalam penulisan , ilmu dalam perkara yg nak d sampaikan, masa pula yang sentiasa cemburu, turun dan naik iman dalam kehidupan seharian dan hasutan jahat dari musuh utama manusia iaitu syaitan yang terus menerus cuba menghalang setiap perkara yang baik yang hendak d laksanakan.
Walau apapun rintangannya, jika d sandarkan setiap perkara itu kepada niat untuk melakukan amal yang soleh , berpesan2 kepada kebaikkan dan berpesan2 dengan kesabaran , juga untuk d jadikan sebagai bukti d hadapan allah swt d padang mahsyar nanti , maka ku kuatkan azam untuk menulis blog sebagai satu platform dalam melakukan dakwah kepada manusia.
Dengan kederat dan kebolehan yang d berikan oleh allah swt kepada diriku ini, akan kulakukan yang terbaik dan moga allah swt memberikan ku semangat dan istiqamah dalam berdakwah melalui alam cyber yg begitu canggih dan serba pantas , yang melangkaui sempadan antarabangsa dan geografi.
Akan ku dayakan diri ini menulis dan menyelitkan bahan2 tarbiyyah (pendidikan) , isu2 kekeluargaan, pengalaman berjaulah , d rantau orang, kehidupan , kesihatan, dakwah dan pelbagai lagi d dalam blog ini . Semoga ianya dapat d menafaatkan oleh kawan2 dan insan2 yang dahagakan perkara2 kebaikkan untuk d jadikan panduan d dalam kehidupan yang sementara ini.
' Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh , sambil berkata ' sesungguhnya aku adalah dari orang orang islam (yg berserah bulat2 pada allah swt ' - Fussilat:33
Moga allah swt memberikan kebaikkan dan keberkatanNya kepada semua ....ameen

No comments:
Post a Comment