Thursday, 11 June 2009

Pre-Natal course

Sudah menjadi peraturan d UK , sebelum kelahiran anak , bakal2 parents d kehendaki untuk menghadiri pre-natal course anjuran NHS (National Health Services) . Tujuannya adalah memberikan sedikit panduan mengenai kelahiran , tempat2 bersalin, tempat2 yang penting d hospital , kaedah2 penyusuan anak dan lain2 lagi yang berkaitan dengan isu2 pre n post natal. Supaya setiap parents tidak panic dan mendapat gambaran awal sebelum kelahiran anak mereka d hospital nanti.

Kelas pre-natal kami d adakan d waktu petang (630pm) . Ia mengambil masa satu setengah jam. Tempatnya tak jauh dari rumah kami. Kalau berjalan kaki , hanya mengambil kurang sepuluh minit untuk sampai. Tetapi kami ke kelas dengan berkereta kerana dah agak lewat d sebabkan urusan yg tak dapat d elakkan. Ketika masuk kedalam kelas , kesemua parents duduk d dalam bentuk bulatan berhadapan satu sama lain seperti kumpulan diskusi. Pasangan yang hadir tidak ramai iaitu dalam 10 orang jer. Ada juga pasangan lain dari malaysia dan ada juga dari tanah arab, selainnya adalah penduduk tempatan. Ada juga bakal2 ibu yg datang tanpa suami tetapi d temani oleh ibu masing2. Nampak semuanya dengan wajah yang ceria dan tak sabar2 menanti kelahiran anak dan cucu masing2.

Sebenarnya , banyak kelebihan bila mengandung dan bersalin d UK ini . Ramai kawan2 yg dah berpengalaman melahirkan anak d sini , menceritakan layanan hospital kerajaan d sini first class , atau lebih baik atau sama dengan layanan hospital swasta d tanahair dan bersikap sangat professional. Hmm....agak pelik sikit kan ? , kenapa lah hospital kerajaan kita tidak mampu memberikan layanan yg sama seperti hospital d luar negara. Sudah berbagai2 rungutan dari pesakit2 tentang mutu perkhidmatan yg tidak cekap , sikap kasar sesetengah pekerja perubatan dan macam2 lagi. Harapnya , suatu hari nanti , hospital kita tidak lagi berterusan seperti begitu , sebaliknya menjadi lebih baik dan contoh kepada negara2 lain d dunia ini. Insyaallah .

D dalam kelas , kami telah d beri sedikit panduan tentang situasi sebenar bila melahirkan anak. Ianya bermula dengan tanda2 awal sakit nak bersalin sehinggalah anak tersebut selamat d keluarkan dari rahim ibu.

Kesakitan nak bersalin akan d mulai dengan 'contraction' . Katanya sakit contraction ni , seperti sakit period pain yg amat sangat . Mula2 selang beberapa jam kemudian selang beberapa minit. dan bila dah dekat nak bersalin , selang 5 minit. Pihak hospital d sini hanya akan menerima si ibu pada tahap ini , sekiranya sakit contraction 10 minit , si ibu akan d suruh balik kerumah . Oleh itu midwive pesan pada bakal2 si ibu supaya 'take note' perkara ini kerana tidak mahu mereka datang dan balik ke hospital berulang kali . Hospital tidak mampu menampung kehadiran ibu2 yg akan bersalin dalam jumlah yang ramai . Hanya yang benar2 nak bersalin sahaja yang d beri priority dan d benarkan berada d hospital.

Tanda2 awal nak bersalin seperti keluar air ketuban(amniotic fluid) , kalau keluar darah bukannya tanda nak bersalin . Bukaan pada rahim dari 2 cm sehinggalah 10 cm . Bagaimana kepala baby mula keluar dan tersangkut sekejap d tulang bawah rahim (celvic crest) yg memerlukan kesabaran seorang ibu (dalam menahan kesakitan) . Dan bila baby keluar sehingga ke paras bahu, ibu perlu melakukan 'pushing force' yang berterusan. Si Ibu lebih mengetahui dan merasai bilakah masa yg sesuai untuk melakukan 'pushing' ini. Stamina dan teknik yg betul amat penting supaya tidak keletihan untuk mengeluarkan baby nanti.

Bila baby telah selamat d keluarkan , mereka akan membersihkan badan baby bukan memandikan baby . Kata midwive , dengan tak memandikan baby , ianya lebih baik supaya suhu badan baby tidak terganggu dan sedikit demi sedikit meng' adaptasi' suhu ambient (bilik). Baby nanti akan d letakkan d atas dada si ibu (skin to skin) bagi merasakan kemesraan antara siibu dan anak.

Manakala tugas midwife tidak terhenti setakat itu sahaja , sebaliknya bila dah keluar, uri (plasenta) dari badan si ibu , barulah tugas midwife selesai dan berjaya. Midwife juga berpesan supaya si bapa atau sesiapa yg menemani si ibu sewaktu bersalin supaya 'zip' mulut masing2 kerana ada juga kes2 yg si bapa bila melihat baby yg baru keluar terus menjerit bagitau si ibu yg anak tersebut adalah boy kerana terlalu gembira, sedangkan midwife belum memastikan lagi akan jantina baby tersebut kerana mungkin ada si bapa yg tersalah pandang ...takut2 nanti kecewa dengan kelahiran baby mereka nanti.

Midwife kami bernama 'Ann' ini ada bagitau , baginya saat yg paling miracle adalah ketika baby sedang hendak keluar dari rahim ibu. ' i always feel miracle during this stage ' kata2 midwive tersebut. Semoga , suatu hari nanti , midwife Ann yang baik hati ini akan menemui tuhan yg sebenarnya melalui keajaiban yg telah beliau lihat hampir setiap hari d dalam bilik bersalin .

' Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda2 (yg membuktikan kekuasaan allah) bagi orang yg beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yg d biakkanNya terdapat juga tanda2 (yang membuktikan kekuasaan Allah swt ) bagi orang2 yg menyakininya' Al Jaathiyah ; 3-4

wallahuaklam .

No comments: