Showing posts with label coretan pena. Show all posts
Showing posts with label coretan pena. Show all posts

Sunday, 5 June 2011

Dua Insan Dlm Kenangan

Mak Tam @ Itam datang bertanya penulis sebelum pulang ke UK semula 'Anak ekau ni susah bona nak sobut namo eii..' sobut Epal jo lah ...sonang!!.' (susah sgt dia nak sebut Nau-fal , panggil E-Pal je la, senang..hehe). Pd Itam, nama anak2nya mudah sangat nak d panggil
Semuanya dgn 2 suku kata ja....U-din, Ci-cah, A-mus, A-ni, E-dah, E-nok. Memang kira standard org melayu kita. Nama shamsuddin jadi U-Din, Mustaffa jadi A-Mus. Nama Azizah jadi - Ci-cah... nama panjang2 , semua dah d pendek2kan utk mudah d sebut.
:) happy

Itam memang suka buat light joke n mudah ngam dgn semua orang . Cuma lately, dah takde kawan nak bercakap2 sebab mak sedara yang tinggal d belakang rumah itam dah sakit2, tak berapa nampak n tak brp dengar. Hanya tinggal mak dan abah sahajalah jadi tempat itam utk berborak2. Lagi pun kampung penulis dah makin sunyi, yang tua2 ramai dah arwah, dan yang lainnya , d pelihara oleh anak masing2 d bandar. Rumah2 yg d tinggalkan pula, d biarkan saja oleh waris sampai lah roboh, jadi sunyi sopi la kampung den nanti, makin tak do orang, mungkin satu hari nanti , kampung penulis ni akan jadi hutan rimbo semulo..

Rumah itam bersebelahan ja dgn rumah mak penulis. Biasalah, dlm adat pepateh, semua tanah bagi kat anak pompuan . Sedara2 mak yang lelaki , takde yg menetap d kampung asal, hanya saudara mak yg pompuan2 saja yg ada kerana dpt pusaka. Tinggalan pesaka arwah nenek sgt luas, ada tanah utk tapak rumah, utk sawah , tanah utk buah2an....semuanya dah d pecah2kan ikut adat pepateh. Dlm adat pepateh ni , kalu itam dah tak der nanti, pesakanya d beri pd anak2 pompuan itam shj. Manakala Makcik yg xder anak pompuan, pesaka bole pindah pada anak2 itam. (kalu diorang nak laa). Dan mak penulis pula, ada sorang anak pompuan, jadi semuanya akan dpt pd adik pompuan nanti. Den yang lelaki ni , xdapek apo2 doh...., abuk yo...
:-O surprise

Masa time sekolah, penulis biasa explain pd cikgu dan kawan2 ttg adat pepateh. Macam tok adat xbertauliah plak eh... Ramai yg takut nak kawen dgn org negori. Takut nanti tinggal sehelai sepinggang, masuk suku2 n ber-adat2 dlm hal ini itu - leceh tul. Tapi takut2 pun , finally kawan2 penulis kawen jugak dgn org negori sombilan. Negori yg xcukup sepuloh ni. Dan, tak de laa plak dengar hidup diorang ni melarat sampai sehelai sepinggang..hehe. Anak keliling pinggang , ado lah..


Suatu hari Itam pernah citer kat penulis , katanya , taukeh cina kedai runcit d kampung yg bernama E-Hek dah tak nak jual air karbonat pd Itam. ' Den tak nak jual air ni kat ekau doh.., den tak nak ekau sakit..' kata E-Hek pada Itam selepas dapat tahu Itam dpt Diabetes. Sekali
dengar , macam zalim je E-Hek ni... hehe, tapi sebenarnya E-hek concern dgn sakit Itam. E-Hek ni , walaupun cina , tapi dia dah macam adik abg dengan orang2 melayu d kampung. Kira satu kampung laa , masa tu belum satu malaysia lagi...hehe. Ramai org kampung beli barang runcit pakai buku 3-5 dgn E-Hek. Kira credit card org kampung, macam debit card omputih d UK nih. Tapi debit card mesti ada duit dlm akaun , Buku 3-5 takyah ...asalkan masih hidup ...hehe. E-Hek jugak faseh cakap melayu . Kalu d jemput , E-Hek datang. Kalu E-Hek speaking negori, fuhhh berasaap...tapi penulis ckp dlm bahasa malaysia standard dengan E-hek. U-huukk , U- huukk....


Skrg kedai E-hek dah d roboh , sebab tempoh kontrak 90 tahun kg baru cina dah tamat. tanah tersebut d pulangkan kembali kpd tuan punya tanah (melayu). Dulu bagi tanah ni kat org2 cina sebab darurat, ramai org cina d paksa join komunis n d paksa beri makanan kpd komunis. Jadi nak elak semua ni , Sir Gerald Templer keluarkan idea kg baru ni . Memang ramai tokoh2 komunis dari negori den ni antaranya Samsiah Fakeh tapi ramai jugak Jeneral2 tentera ATM dari negori den ... eh, xcayo ko?? hehe.

Ikut citer Itam, setiap hari Itam minum air karbonat manis dlm botol . Bila dah tahu dapat Diabetes , baru Itam stop minum air tu. Sekarang Itam dah Diabetes yg serius , setiap hari kena cucuk insulin d perut . Ngeri betul penulis dgr citer Itam. Perut d cucuk2 jarum?? 'Alamak , habis tu cam ner Itam?...abis lah kulit2 perut itam tu luluh ? 'Apo nak buek kan , cam tu lah ...kulit ni haa dah lobam2 dah ' kata itam.

Macammana pun Itam nampak sihat dan gagah jaga Pak Tam yg sakit lemah2 akibat stroke kali ke 3 . Itam cukup setia dlm jaga makan minum pak tam walaupun dia sendiri tak berapa sihat.
Pak Tam dah tak larat nak buat apa2 kerja melainkan duduk dan baring d kerusi nya. Masa pak Tam sihat , Pak Tam memang ligat, x duduk diam uruskan sawah, toreh getah masuk keluar hutan utk cari petai . Kalu tengok Pak Tam dptkan petai, Pergghhhh , mcm cicak kobeng...!! melekat kat batang petai yg sebesar beberapa pemeluk . cicak kobeng tu ape ek?? hehe

Beberapa bulan lepas abah ada sms, berita yg mengejutkan..Itam dah meninggal dunia seminggu dr tarikh sms. Meninggalnya d Melaka, rumah anak pompuan Itam ketika d pangkuan anaknya . Mengikut cerita, Itam mengadu susah nak nafas n lepas tu sudah tak bernafas lagi . Inna lillahiwainna lillahirrajiuun...Dari Allah kita dtg kepada Allah kita akan kembali. Meninggalnya bukan sebab diabetis , tapi sebab asthma, yg juga d hadapi oleh Itam. Jenazah arwah itam d bawa pulang dan d kebumikan d kampung.

Sedih kerana mengenangkan jarang nak luang2kn masa utk berborak2 dgn itam. Ingatkan bole berjumpa semula itam bila kembali ketanahair nanti . Tapi tak kesampaian.

Selang sebulan dua, terima lagi satu berita dari abah, Pak Tam pulak meninggal d rumah anak yg sama. Inna lillahi wainna lillahirraajiuun... pak tam juga sudah tiada lagi. Doa penulis moga kedua2 nya d tempatkan kedlm org2 yg soleh...ameen.

Lepas ni kalu penulis kembali ketanahair , rumah Itam sudah kosong tiada penghuni lg. Lambat laun, rumah itam juga akan roboh satu persatu d makan anai2 mcm rumah org lain. Mungkin slps ni, anak2 itam pun tidak lagi menjenguk ke kampung . Halaman rumah itam pula sedikit demi sedikit akan jadi semak dan hutan . Tinggal lah mak dan abah menjadi penunggu setia d kampung.

Sejak berada d perantauan ni , Mak Long Enon, Mck Edot, Pck Jayo, Acik munah, Acik Buruk, semuanya dah kembali ke Rahmatullah, penulis hanya terima khabar pemergian mereka dari jauh sahaja. Hanya Doa semoga mereka semua d ampuni dosa2 lalu dan d masukkan kedalam golongan orang2 yg berjaya dunia dan d akhirat

Mungkin kes yg sama juga berlaku pada rakan2 d UK sini ...Ramai insan2 yg telah berjasa spt ibu dan ayah telah pergi buat selama2nya. Ada yang sempat utk kembali ketanahair utk menatap insan2 yg d sayangi buat kali yg terakhir dan ada yang tidak sempat. Berat mata memandang pada setiap kesedihan , berat lagi bahu insan2 yg memikul kehilangannya. Ada yang penulis sempat ucapkan takziah dan ada yg tidak sempat. Tetapi yang penting ialah doa2 kalian yang berterus2an hari2 utk mereka2 yang telah pergi kerna doa2 itulah penyambung amalan2 mereka d dunia ini . Sptmana sabda nabi saw

'Apabila mati anak adam , terputuslah amalan mereka kecuali 3 perkara iaitu Ilmu yg berguna, sedeqah jariah dan anak yg soleh yg mendoakan mereka. '

Berbahagialah ibubapa yang ada anak2 yg soleh. Moga kita dan anak cucu kita mewarisi ciri2 anak2 yg soleh.

Wallahuaklam

Newcastle upon Tyne , UK, June 2011

Thursday, 2 December 2010

Braking on Ice

'Bang , leh ker hantar saya pegi lab hari ni ?' tanya isteri pada penulis. Soklan nye mudah , tapi sukar nak jawab jam2 ni. Kerana memandangkan keadaan d luar, semuanya dah serba putih cam buih2 shampoo. Tengok keter dah tak macam rupa keter , jalan pun dah tak rupa jalan , pokok2 dan bumbung2 rumah semuanya dah putih melepak d tutup salji. Ni kalu ada transport macam keter sorong santa claus tu, kira orait jugak lah nak hantar isteri ke lab . hehe.

Dok pening2 ni , bukan apa. pikir leceh bila nak bukak pintu keter ni kang. 'Ieeyahh... ieeyahh!!!' , tarik handle pintu sampai nak tercabut . Sampai keter pun sama2 bergoyang ketengah ketepi, payah sebab ais dah melekat kuat macam gam gajah . Dah selesai masalah pintu , masalah cermin yg penuh ais pulak. Masa ni lah kelam kabut dok cari scrapper yg dah lama d buang .. 'oooooo..., rupanya ada bawah 'car sit'...hehe. Dah dekat setahun tak guna. Kalu tak, jenuh lah angkat air panas turun naik rumah, nak cuci cermin keter nih.

Ada sesetengah kawan , komplain susah nak start engine waktu sejuk2 nih . Musim sejuk , keter pon leh sempot jugak ehh..hehe . Tapi alhamdulillah keter buruk ford mondeo penulis ni memang mudah nak start . Cuma risau jugak lah , sebab mana lah tau, ais2 pun boleh gak melekat kat engine belt atau mana2 parts yg penting2.


Bertambah leceh lagi , bila nak suruh keter ni bergerak ke jalanraya, sebab jalan2 kecil tak d sembur garam 'grit' utk cairkan ais spt d jalan2 utama. 'Pueh tokan minyak' sampai berpusing2 tayar utk lepas longgokkan salji . Kalu nasib baik , cepat lah lepas , kalu nasib tak baik , alamat sangkut kat situ jer lah , kira boleh habis minyak kalu cam nih , tayar pun leh botak kalu tak kener gaya. Tapi ada satu kes yg buat penulis terharu bila sorang pompuan mat salleh boleh turun kereta dan tolak kereta penulis yg tersangkut dlm salji sampai boleh bergerak semula... Penulis punya lah rasa terhutang budi. Malu pun ya jugak sebab tak leh jadi baik hati macam tu...hehe

Bila dah bergerak kereta ni , teringat pulak lah kat 'camel trophy adventure' dulu2 . Jadi satu hal pulak nak bawak keter tengah2 timbunan ais ni. Licin semacam . Kekadang kekiri kekanan mengawal steering . Kalu terbabas ke luar dari trek biasa , surely akan sangkut. Dulu , pernah penulis ter 'lost control' semasa turun bukit . Tekan brake pedal , tarik handbrake pun tak respond jugak , kilas steering pun dia tak ikut tapi kereta terus meluncur laju kebawah tanpa kawalan . Alhamdulllah keter penulis pii langgar 'curb' jalan Bukan nya pii langgar rumah orang atau tiang letrik ..kecut perut giler . Sampai sekarang dah tak berani bawak laju2, takut2 terbabas lagi . N kalu ikut pengalaman sendiri , bila bawak keter atas ais ni , patutnya elakkan dari brake mengejut ataupun brake habis2an kerana boleh sebabkan keter 'skidding' . Dan biasakan bawak dlm gear tinggi bukannya rendah supaya tayar sentiasa berpusing. Kalu nak percaya pun tak pa, tak percaya pun tak pa..hehe

Bila perhati2kan kat luar tingkap semula , kejap2 kapas2 putih ni terbang bertaburan , kejap2 jatuh tegak kebawah n kejap2 pula terbang mendatar sebab d swing dengan angin yg kuat . Penulis pun kata kat isteri ' Ok lah , kita cuba redah jugak salji ni dengan keter kita ni' . Tak sampai hati pulak tengok dia jalan tengah2 salji yg extremely sejuk kat luar. Kalu berjalan pun , ada risiko jugak , jalan licin , mudah sangat tergelincir . Dah banyak kes2 hospital masa ni , ramai yg terseliuh urat , patah tulang dan macam2 lagi akibat tergolek atas ais. Tak nak lah jadi perkara2 yg tak d ingini..

Buat peminat2 car booth pulak , masa ni berhati2lah kalu pegi ke Stanley sebab kerap sangat tengok keter terbabas . Mungkin sebab 'garam grit' tak d sembur d kawasan tersebut. Takut kita tak langgar orang, tapi orang langgar kita pula.

Dan berhati2lah memandu pada ketika ini . Biar lambat asal selamat . Dan jangan lupa suruh anak2 berdoa keluar rumah ...hehe. (sebab kita ayah2 ni sgt sibuk , tak sempat nak menghafal doa yg pendek2)

'Bismillahi tawakkal tu alallah....'

kerana

'Doa itu bermenafaat terhadap kejadian yg sudah berlaku atau belum berlaku , wahai hamba allah, Hendaklah berdoa ' - riwayat alHakam




Tuesday, 17 August 2010

Marhaban ya Ramadhan

Insyaallah sehari lagi kita akan menyambut ramadhan almubarak. Sedar tak sedar, rasanya baru jer kita meninggalkan bulan posa lalu. Tup tup dah posa semula tak berapa lama lagi..Kelam kabut gak sesetengah kita ni untuk mengantikan hutang2 puasa semester lepas. Harap2nya sempat lah....


Macam2 gelagat kita bila menyambut kedatangan ramadhan ni. Ada yg bersedih bila ramadhan datang 'alamak, kener posa balik ? nanti nak makan susah, camner, larat ker nak kerja dgn perut lapar waktu summer ni? yang subuhnya 3 pagi, maghribnye pula 9 mlm'. ' kan elok posa dalam winter , pukul 3 ptg dah berbuka...' hehe . Adeh...ada seribu satu kerisauan .

Ada pula yg cukup bergembira dalam menanti2 kehadiran ramadhan. Seperti mana rindunya utk pulang ketanahair setelah lama d perantauan. Tak tergambar dengan kata2 ,melainkan tampak d wajah masing2 yang berseri2 dan ceria. Terasa lamanya untuk sampai ke waktu itu ...

Dan ada ramai gak yg jenis 'blurr blurrr lagi...', ataupun jenis tak kesah. 'eh , dah nak masuk ramadhan ker ?' soklan yang memang terperanjat. Mungkin banyak faktor jadi gitu, antaranya sibuk dengan urusan2 harian, apatah lagi d UK ni, mana lah ada ceramah2 sangat, suasana2 posa pun tak de. Nak makan kat public pun orang tak ambil tahu. Tak seperti d tanahair, yang meriah benar dengan bazaar ramadhan, dalam radio, tv semuanya dah mula dengan cerita2 tentang rancangan2 hari raya sedang kan baru jer nak masuk posa.

Tak sama pula cara kita menyambut ramadhan dengan generasi sahabat2 nabi dulu. Rindunya dengan ramadhan spt merindui kekasihnya yang dah lama tak jumpa. Sejak dari rejab dan syaaban lagi dah mula bersedia dan berdoa ...'sampaikan aku ke ramadhan, sampaikan aku ke ramadhan..' Takut kalu2 tak kesampaian ke bulan ramadhan. Masyaallah ..masyaallah .

kerna mereka semua tahu, yang bulan ramadhan itu bulan yang penuh keberkatan, bulan untuk berpesta ibadah, bulan allah beri keampunanNya, bulan yang Allah nak bagi baaanyak pahala kat kita, bulan penuh rahmat, bulan syaitan2 d rantai , bulan d mana pintu2 syurga d buka, bulan pintu2 neraka d tutup , bulan bersolat terawih , bulan doa2 d kabulkan, bulan bertaddarus, bulan berqiamullail, bulan membanyakkan bersedeqah, bulan yang malamnya yg lebih baik dari seribu bulan ....masyaallah , banyak nya Allah bagi offer kat manusia ni kan? . Memang confirm rugi kalu d lepaskan begitu saja akan tawaran allah swt ni.

Maka sudah sampai lah kita berpada2 dalam mengejar kesibukan d pejabat, mengejar projek2 , mengejar pangkat , mengejar kekayaan dan lain2 sewaktu bulan posa ni ..Mai kita Pause sekejap untuk mencari keampunan allah, rahmat allah dan kasih sayang allah swt yg maha luas itu..

Elok gak d renungi pesan rasul saw ini.....

'Sesiapa yg berpuasa ramadhan dalam keimanan dan pengharapan , maka d ampunkan dosa2 nya yg lalu '
- riwayat Bukhari


Selamat Menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak ,
semoga posa kali ni adalah yg terbaik yg pernah kita lakukan ...




Friday, 2 July 2010

Crashed n Out

'Seronok bila tengok England kalah bola , hehe', nanti marah pulak peminat2 setia England kat penulis . Dah elok2 jadi kawan nanti jadi lawan plak. Lebih baik penulis jangan berlebih2 sangat menulis dlm bab2 ni..hehe. Kerana akan melukakan lagi cedera parah yg sediada d hati peminat2 England.


Cuma sekadar nak kata hebatnya England ni, negara yg kita mnetap skrang yg mana mereka masih tetap tak mahu mengaku kalah n tak mau menerima hakikat bahwa yg Germany tu lebih kuat dan hebat dari mereka. Pelbagai alasan d berikan. Pemain tak cukup rehat, silap pengadil kerana tak kira gol mereka , Capello salah strategi dan macam2 lagi..setakat beberapa hari selepas tu, dah byk kali bola yg masuk gol tu d ulang2 berkali2 dlm tv. Sampai maleh den nak nengok.....hehe.

Tapi..Sebenarnya , hari2 penulis menanti kekalahan yg lebih besar dari bola ni. erBita ketewasan perajurit2 British d Afghanistan yg d sedang cerobohi. Setakat ni, dah lebih 300 askar British d hantar pulang kerana terkorban kalu dulu mereka mengira , ni mayat keberapa dan keberapa , tapi bila bila dah sampai keseratus , agaknya dah tak larat nak kira dah. Semakin d kira semakin malu , semakin tension pulak lah diorang ni..

Setiap kali bila ada kematian askar mrk, akan ada liputan d akhbar n TV , kalu d TV, dari jauh lagi , kamera akan zoom kapalterbang yg bawa mayat tentera tersebut . Kemudian bila dah touch down , keranda yg begitu cantik d selimut dengan bendera british d angkat perlahan2 oleh tentera2 pengiring . Biasanya situasi sayu menyelubungi keadaan d pengkalan udara . Kereta jenazah sikit punya cantik berkilat , akan membawa jenazah pulang .

Bila d hari pengkebumian, ramai yg memenuhi kiri kanan jln sambil bertepuk tangan perlahan2 mengiringi kereta jenazah ke perkuburan. Ramai jugak yg meletakkn bunga d atas kereta /keranda semasa kereta berhenti n bergerak . Kereta jenazah akan bergerak perlahan2 masuk dan meninggalkan bandar ke tanah perkuburan dengan d iringi anak, isteri , parents dan saudara mara..

Liputan akhbar dan tv tak putus2 memuji pejuang yg dah terkorban katanya ..seorang yg penyayang , ayah yg baik , abang yg sejati , anak yg taat , tentera yg professional , insan yg dedikasi , seorng yg suka menolong, seorang yg sentiasa humour , mudah d dekati , ceria dan macam2 lagi. Memang tak d nafikan , penulis pun tumpang tertarik dengan bait2 ayat yg sentiasa memuji tentera yg terkorban , itulah kelebihan mat salleh ni. Tak de satu pun keburukan yg keluar dari kata2 kepada mayat.

Pada mat2 salleh, kematian spt ini , spt kematian seorang pahlawan yg penuh terhormat dan tertinggi kerana menyumbangkan jasa yg sangat besar pd negara sehingga nyawa d pertaruhkan . Sedangkan d d sisi allah swt tidak pula begitu...

'Dan org kafir pula, amalan mereka adalah umpama riak sinaran panas d tanah rata yg d sangkanya air oleh org dahaga, (lalu menuju kearahnya) sehingga sampai ke tempat itu, tidak d dpti sesuatu pun yg d sangkanya itu . (demikianlah keadaan org kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sbgai mana yg d sangkanya) dan dia tetap mendapat hukum Allah d sisi amalnya,
lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya.......' - AnNur :39

apatah lagi mati dalam menceroboh negara islam , membunuh orang islam , perempuan dan kanak2 demi utk memenuhi cita2 pemimpin2 yg jahat , yg mempunyai agenda utk hancurkan umat islam kesemuanya.

Tidak pula seperti korban seorg mujahideen , yg tak pernah mendapat liputan tv ...kalu ada pun , akan d tunjukkan mayat2 mereka yg berjaya d bunuh dengan bom dan senjata yg canggih . Yang terburai jasad2 mereka , kaki, tangan, badan dan kepala ..Tak siapa pun kesah n peduli nasib mayat2 mereka . Tiada kereta yg cantik2 , tiada bunga2an , tiada keranda d selimut bendera dan tiada d usung dgn penuh penghormatan sptmana perajurit british.

bak seperti , kesah Mus ab bin Umair sorang sahabat yg mulia syahid dalam perang d mana ketika hendak d kebumikan, hanya ada sehelai kain utk menutupi mayatnya , jika d tutup kaki , nampak kepala dan jika d tutup kepala , nampak pula kaki . Akhirnya d tutup kakinya dengan ranting2 kayu kecil ..Menangis rasul saw melihat keadaan mayat Mus ab ni. Tetapi Mus'ab dan mereka yg syahid tetap istimewa d sisi Allah ..

'Dan jangan sekali2 engkau menyangka mereka yg terbunuh (yg gugur syahid) pada jln allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup(secara istimewa) d sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki....' - al Imran 169-170


Penulis tak la berniat nak potong stim demam bola kawan2 sekalian..hehe . Sekadar berkongsi renungan supaya dalam kita berdoa dan berharap pasukan masing2 akan masuk final dan menjadi juara bola...jangan lah sampai lupa utk berdoa dan berharap utk kemenangan pasukan2 tentera islam yg berjuang habis2an d afghanistan , palestin , iraq dan d seluruh dunia ..


Semoga 10 000 orang tentera British yg ada d Afghanistan sekarang akan pulang dgn keranda mereka masing2 ke UK ni soon....Ameen.

Tuesday, 2 March 2010

Kapas2 yg berterbangan

'Abang lupa ke nak bawak masuk daging yg d beli tadi ? tanya isteri pada penulis bila daging yg d beli tadi tak d bawa masuk kerumah . ' aa-aah , tak pe laa..lagipun takkan berbau dalam keter tu , keter kita pun dah macam peti ais .....' hehe, kata penulis pada isteri bila dah malas nak kuar masuk rumah dalam keadaan cuaca yg terlalu sejuk sekarang ni. Kang nak kuar rumah , dah nak kener pakai jaket , pakai glove semula...kan payah tu.
D UK sekarang (awal mac) dah masuk penghujung winter, rata2 suhu pada sekitar 0 'C dan kadangkala akan turun sehingga -5 'C , memang sejuk tahap gaban laa, kalu keluar rumah tanpa glove sudah tentu kebas2 tangan d buatnya. Takut jari jemari ni kener 'frost bite' nanti ..hehe. (Rasanya tak leh berlaku sebab suhu tak la d kira melampau sangat pada tahap ni ).Secara jujur , penulis katakan , kehidupan semasa winter adalah suatu pengalaman yg amat menyesak dan menyiksakan. Walaupun selama ini terasa indah bila tengok salji yg turun d dalam TV dan gambar2 yang d poskan oleh student dalam suratkhabar waktu hari raya. Tapi rupanya semua itu hanya sementara sahaja . Hanya bila sesekali suhu mencecah 4 'C , itu sudah d kira cukup panas dan mengembirakan penulis buat masa sekarang.Ramai yg mengalami 'depression' bila setiapkali datang winter . Bahkan , mat2 salleh yg dah lama hidup kat sini pun tak tahan dengan cuaca sejuk. Hingga ada mat2 salleh yg ambil cuti sepanjang winter dengan melancung ke negara2 panas seperti Malaysia. Penulis yg baru tiba d UK yang belum setahun jagung ni pun dah tension giler. Sampai nak masuk kebilik tido pun payah, terpaksa pikir banyak kali samaada nak tido kat bilik ataupun nak tido kat ruang tamu yg lebih panas, kalu tido d bilik tido, biliknya sejuk, katil sejuk , bantal sejuk , selimut sejuk n everything is sejuk... . Nak ke toilet ? lagi laa tension wehh..hehe , punyalah susah, nak pegi pun salah tak pegi pun salah . Tak pegi kang takut ter-bocor pulak . Dah banyak kali dah mimpi buang air dalam toilet , cuma tilam tak basah lagi nih...hehe.

Sewaktu winter , penulis lebih selesa kurung diri dalam rumah. Nak kemana2 pun agak tak berapa sesuai . Dan sebenarnya lebih selesa dan selamat berada dalam rumah dari berada d luar rumah yg terlalu sejuk dan cepat gelap. Mood pun agak down selalu, nak menulis pun sampai tak da idea langsung. Mata pun mudah sangat layu . Mata ni pun ikut matahari jugak rupanya ...kalu matahari terbenam pukul 5 petang , mata pun turut sama nak pejam walaupun baru waktu petang . Bila terbit matahari pada pukul 8 pagi baru rasa rugi dengan masa yg terbuang. Sini tak siap sana tertangguh . Time management perlu betul2 d jaga masa winter ni .

Dalam bab makan mula , asyik lapar memanjang jer , nak makan dan terus makan . Sampai kawan yg dah lama tak jumpa penulis berkata ...' Eh, pipi hang dah tembam la ...!' hehe...bukan sekadar tembam , perut pun dah borooi arr ......haha.

Satu hari ada seorang kawan penulis dari Lithuania menceritakan pengalaman winternya dan berkata ' in our country , usually the tempereture is about -15'C ' ehh..termenung sekejap penulis dimana tak tergambar macammana diorang ni boleh hidup dan melalui kehidupan manusia biasa pada suhu tersebut. Dahsyat betul orang puteh ni ...Rupanya lepas tu ada sorang kawan dari Romania mencelah .' but in our country , the tempreture is almost -25'C during winter..' Masyaallah , sanggupnya mereka hidup dengan suhu melampau begini....Ingatkan d UK dah kira sejuk sangat dah....hehe.

Satu hal yg agak membebankan ialah tentang bil letrik dan gas . Kebiasaannya bil akan meningkat 2x ganda kerana tariff pun turut naik pada masa ni dan begitu juga dengan masa penggunaannya. Kalu masa summer dalam 30-50 GBP utk gas , winter mungkin mencecah sehingga 80-100 GBP. Tapi , nak jimat punya pasal , ramai jer yg sanggup tak pasang heater waktu winter . Rela kesejukkan dari habiskan duit kat bil..hehe. Dan yg bujang2 pula , terus menumpang kawan2 yg tinggal d hostel . Lebih panas kata mereka dan tak perlu habiskan duit utk bil gas. Betul gak tu... banyak bole save duit . Dah jadi kebiasaan pula , kalu penulis kerumah orang2 bujang ni , sampai terketar2 badan akibat kesejukkan . 'apa hal la rumah hang pa ni , sejuk betui..sampai terketaq2 abg ?' komen penulis pada mereka . ' sory la bang , kami baru nak onn heater ni ....' jawab mereka sambil dalam keadaan mengigil jugak...hehe.Masa awal winter dulu ( bulan nov) selalu juga berkata2 dalam hati 'bila laa salji nak turun , bila la salji nak turun' ...excited nak tunggu salji nak turun , tak sabar2 ....hehe. Selalunya memang tak perasan sangat bila awal2 salji ni...tengok2 kat tingkap ..eh , apasal kapas2 ni berterbangan d luar ? rupa2nya itu lah salji . Riuh satu rumah tengok salji kat tingkap ...hehe. Dan yang seronoknya kot ..bila salji setebal dalam 4-6 inci , masa tu ambil kesempatan untuk bergambar dengaan macam2 posisi sebab nak post dalam facebook n ke malaysia ...hehe. Dan bagi yang berkeluarga akan mengambil kesempatan ini utk membuat snowman d depan rumah bersama anak2 . Eh ,macam best jer bunyinyer....hehe.Kini winter pun dah berlalu , semangat pun dah agak pulih sedikit . Otak ni pun barulah mula nak berfungsi sedikit ...hehe. Ni yg bole nak menulis balik nih ...hehe. Semoga allah sentiasa beri kekuatan utk terus beribadah pada Nya dan bersyukur atas semua nikmat kurniaanNYa .

Marilah kita sama2 renungi firman allah dalam surah al-insyirah
'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan , Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ....'






Wednesday, 20 January 2010

Cuti2 Winter

'ape plan hang cuti winter ni ? ' tanya penulis pendek. 'Saya akan ke Germany bang..' , jawab adik ni tentang rancangan percutian winter nya. Dan yang lainnya ada yang akan ke Spain, Ireland, Paris , Turkey, Italy dan beberapa negara Eropah yg lain , wah best nyer.. Jeles plak bila dengar depa ni buat plan bercuti musim sejuk ..hehe. Penulis yg tak berduit ni duduk la kat newcastle dok ulang alik amik isteri ke lab , jaga anak dan mengemas rumah....hehe

Berbeza pula dengan adik2 undergrad yg dah senior, ramai yg ambil keputusan utk dok kat newcastle jer d waktu winter ni , kalu kemana2 pun, hanyalah d dlm UK sahaja . Selainnya nak
mgulangkaji
pelajaran dan menyiapkan assingment yg banyak , serta utk bersiap sedia menghadapi peperiksaan January nanti . Semoga allah permudahkan exam kalian ..ameen .

Lain pulak dengan yang postgrad. Winter ni tak best nak kemana2 la bang sebab siangnya pendek, cepat gelap, cuacapun sejuk dan lembab, waktu solat pun singkat , jadi susah nak bergerak kesana kesini, kejap2 dah nak cari tempat solat dan ada gak yg bagitau penulis , kami tak kemana2 pun sebab nak simpan duit kerana tak lama lagi ada 'boxing day',kalu save duit masa ni banyaklah dapat beli barang2 mahal dengan harga yg sangat murah. Oooo...itu macam ka..hehe , betul lah tuuu.. Sebenarnya , dah banyak dah duit2 siling yg penulis dah kumpul.... hehe

Apapun memang seronok bila berjaulah/melancung ni. Tapi terpulang dengan tujuan dan selera masing2. Ada yg suka melancung kerana suka2 nak tengok negara orang. Ada yg suka tengok pemandangannya , ada yg suka tengok tempat2 sejarah , yg suka shopping dan tak kurang juga yg suka tengok kesenian bangunan yg tak terdapat d tanah air dan ada gak yg pergi menziarahi kawan2 yg belajar d negara yg lain. Pokok nya..fulus mesti cukup beb utk pegi dan cukup pula utk menyara kehidupan bila dah balik nanti ...hehe

Dan elok la jugak buat preparation sebelum pergi melancung seperti mendapatkan maklumat tentang bandar2 yg akan d lawati, cuacanya, bahasanya, sejarahnya , undang2nya , tempat2 menariknya dan macam-macam lagi supaya nanti tak lah ' blur - blur ' dan membuang masa d sana. Pernah penulis pergi ke Edinbrough baru2 ni . Tetapi sebab tak buat preparation awai-awai , sampai tak tahu ada masjid besar kat situ , lerr ruginya...


Penulis teringat cerita seorang kawan mengenai destinasi pelancongannya , 'mula2 memang saya nak ajak famili tour europe bang ...tapi lama2 fikir , saya ubah keputusan, bawak satu famili buat umrah pula..' terkedu pulak rasanya bila mdengar cerita dari seorang yg telah menjadi tetamu allah nih. Memang banyak sangat perbezaan kalu kita kesana (mekah) bang. Berbanding dengan kita pergi melancung ke europe nih. Kalu dah pergi sekali , kita akan sentiasa merindui utk pergi kesana lagi. Walaupun keadaan nya sangat panas , berbatu batan , berpadang pasir dan tiada pula tumbuh2an dan tiada pokok2 utk kita berteduh, namun kenikmatan dan keseronokkan akan tergambar apabila d beri peluang utk menatap wajah kaabah yg menjadi kiblat kita selama ini, bertawaf , bersaie , bersolat dgn imam assudais dan mendapat peluang berdoa d raudah n hijr ismail sememangnya tidaklah tergambar kan.

Apatah lagi , betapa sayu nya hati bila berdepan dengan kubur rasul saw, kubur para sahabat d baqi' dan juga kubur para2 syuhada d uhud yg telah banyak berjasa pada umat islam sehingga memungkinkan kita memperolehi hidayah Nya dengan nikmat Iman ini. kalu tak ..ke kuil la kita hingga kehari ini , bukannya ke masjid ..hehe. Kerana itu , kita harus ada keazaman utk kesana walaupun sekali dlm seumurhidup. Tapi utk kesana ...hanya allah swt saja yang akan membuka
hati2 kita utk menjadi tetamu istimewa Nya dan sama2lah kita renungi hadith ini...

'Janganlah kamu bersusah payah musafir utk solat kecuali ke tiga buah masjid iaitu d Masjidil Haram d mekah , masjidku ini (nabawi) dan masjid al aqsa '