Semuanya dgn 2 suku kata ja....U-din, Ci-cah, A-mus, A-ni, E-dah, E-nok. Memang kira standard org melayu kita. Nama shamsuddin jadi U-Din, Mustaffa jadi A-Mus. Nama Azizah jadi - Ci-cah... nama panjang2 , semua dah d pendek2kan utk mudah d sebut.
Itam memang suka buat light joke n mudah ngam dgn semua orang . Cuma lately, dah takde kawan nak bercakap2 sebab mak sedara yang tinggal d belakang rumah itam dah sakit2, tak berapa nampak n tak brp dengar. Hanya tinggal mak dan abah sahajalah jadi tempat itam utk berborak2. Lagi pun kampung penulis dah makin sunyi, yang tua2 ramai dah arwah, dan yang lainnya , d pelihara oleh anak masing2 d bandar. Rumah2 yg d tinggalkan pula, d biarkan saja oleh waris sampai lah roboh, jadi sunyi sopi la kampung den nanti, makin tak do orang, mungkin satu hari nanti , kampung penulis ni akan jadi hutan rimbo semulo..

Rumah itam bersebelahan ja dgn rumah mak penulis. Biasalah, dlm adat pepateh, semua tanah bagi kat anak pompuan . Sedara2 mak yang lelaki , takde yg menetap d kampung asal, hanya saudara mak yg pompuan2 saja yg ada kerana dpt pusaka. Tinggalan pesaka arwah nenek sgt luas, ada tanah utk tapak rumah, utk sawah , tanah utk buah2an....semuanya dah d pecah2kan ikut adat pepateh. Dlm adat pepateh ni , kalu itam dah tak der nanti, pesakanya d beri pd anak2 pompuan itam shj. Manakala Makcik yg xder anak pompuan, pesaka bole pindah pada anak2 itam. (kalu diorang nak laa). Dan mak penulis pula, ada sorang anak pompuan, jadi semuanya akan dpt pd adik pompuan nanti. Den yang lelaki ni , xdapek apo2 doh...., abuk yo...
Masa time sekolah, penulis biasa explain pd cikgu dan kawan2 ttg adat pepateh. Macam tok adat xbertauliah plak eh... Ramai yg takut nak kawen dgn org negori. Takut nanti tinggal sehelai sepinggang, masuk suku2 n ber-adat2 dlm hal ini itu - leceh tul. Tapi takut2 pun , finally kawan2 penulis kawen jugak dgn org negori sombilan. Negori yg xcukup sepuloh ni. Dan, tak de laa plak dengar hidup diorang ni melarat sampai sehelai sepinggang..hehe. Anak keliling pinggang , ado lah..

Suatu hari Itam pernah citer kat penulis , katanya , taukeh cina kedai runcit d kampung yg bernama E-Hek dah tak nak jual air karbonat pd Itam. ' Den tak nak jual air ni kat ekau doh.., den tak nak ekau sakit..' kata E-Hek pada Itam selepas dapat tahu Itam dpt Diabetes. Sekali
dengar , macam zalim je E-Hek ni... hehe, tapi sebenarnya E-hek concern dgn sakit Itam. E-Hek ni , walaupun cina , tapi dia dah macam adik abg dengan orang2 melayu d kampung. Kira satu kampung laa , masa tu belum satu malaysia lagi...hehe. Ramai org kampung beli barang runcit pakai buku 3-5 dgn E-Hek. Kira credit card org kampung, macam debit card omputih d UK nih. Tapi debit card mesti ada duit dlm akaun , Buku 3-5 takyah ...asalkan masih hidup ...hehe. E-Hek jugak faseh cakap melayu . Kalu d jemput , E-Hek datang. Kalu E-Hek speaking negori, fuhhh berasaap...tapi penulis ckp dlm bahasa malaysia standard dengan E-hek. U-huukk , U- huukk....

Skrg kedai E-hek dah d roboh , sebab tempoh kontrak 90 tahun kg baru cina dah tamat. tanah tersebut d pulangkan kembali kpd tuan punya tanah (melayu). Dulu bagi tanah ni kat org2 cina sebab darurat, ramai org cina d paksa join komunis n d paksa beri makanan kpd komunis. Jadi nak elak semua ni , Sir Gerald Templer keluarkan idea kg baru ni . Memang ramai tokoh2 komunis dari negori den ni antaranya Samsiah Fakeh tapi ramai jugak Jeneral2 tentera ATM dari negori den ... eh, xcayo ko?? hehe.
Ikut citer Itam, setiap hari Itam minum air karbonat manis dlm botol . Bila dah tahu dapat Diabetes , baru Itam stop minum air tu. Sekarang Itam dah Diabetes yg serius , setiap hari kena cucuk insulin d perut . Ngeri betul penulis dgr citer Itam. Perut d cucuk2 jarum?? 'Alamak , habis tu cam ner Itam?...abis lah kulit2 perut itam tu luluh ? 'Apo nak buek kan , cam tu lah ...kulit ni haa dah lobam2 dah ' kata itam.
Macammana pun Itam nampak sihat dan gagah jaga Pak Tam yg sakit lemah2 akibat stroke kali ke 3 . Itam cukup setia dlm jaga makan minum pak tam walaupun dia sendiri tak berapa sihat.
Pak Tam dah tak larat nak buat apa2 kerja melainkan duduk dan baring d kerusi nya. Masa pak Tam sihat , Pak Tam memang ligat, x duduk diam uruskan sawah, toreh getah masuk keluar hutan utk cari petai . Kalu tengok Pak Tam dptkan petai, Pergghhhh , mcm cicak kobeng...!! melekat kat batang petai yg sebesar beberapa pemeluk . cicak kobeng tu ape ek?? hehe
Beberapa bulan lepas abah ada sms, berita yg mengejutkan..Itam dah meninggal dunia seminggu dr tarikh sms. Meninggalnya d Melaka, rumah anak pompuan Itam ketika d pangkuan anaknya . Mengikut cerita, Itam mengadu susah nak nafas n lepas tu sudah tak bernafas lagi . Inna lillahiwainna lillahirrajiuun...Dari Allah kita dtg kepada Allah kita akan kembali. Meninggalnya bukan sebab diabetis , tapi sebab asthma, yg juga d hadapi oleh Itam. Jenazah arwah itam d bawa pulang dan d kebumikan d kampung.
Sedih kerana mengenangkan jarang nak luang2kn masa utk berborak2 dgn itam. Ingatkan bole berjumpa semula itam bila kembali ketanahair nanti . Tapi tak kesampaian.
Selang sebulan dua, terima lagi satu berita dari abah, Pak Tam pulak meninggal d rumah anak yg sama. Inna lillahi wainna lillahirraajiuun... pak tam juga sudah tiada lagi. Doa penulis moga kedua2 nya d tempatkan kedlm org2 yg soleh...ameen.
Lepas ni kalu penulis kembali ketanahair , rumah Itam sudah kosong tiada penghuni lg. Lambat laun, rumah itam juga akan roboh satu persatu d makan anai2 mcm rumah org lain. Mungkin slps ni, anak2 itam pun tidak lagi menjenguk ke kampung . Halaman rumah itam pula sedikit demi sedikit akan jadi semak dan hutan . Tinggal lah mak dan abah menjadi penunggu setia d kampung.
Sejak berada d perantauan ni , Mak Long Enon, Mck Edot, Pck Jayo, Acik munah, Acik Buruk, semuanya dah kembali ke Rahmatullah, penulis hanya terima khabar pemergian mereka dari jauh sahaja. Hanya Doa semoga mereka semua d ampuni dosa2 lalu dan d masukkan kedalam golongan orang2 yg berjaya dunia dan d akhirat
Mungkin kes yg sama juga berlaku pada rakan2 d UK sini ...Ramai insan2 yg telah berjasa spt ibu dan ayah telah pergi buat selama2nya. Ada yang sempat utk kembali ketanahair utk menatap insan2 yg d sayangi buat kali yg terakhir dan ada yang tidak sempat. Berat mata memandang pada setiap kesedihan , berat lagi bahu insan2 yg memikul kehilangannya. Ada yang penulis sempat ucapkan takziah dan ada yg tidak sempat. Tetapi yang penting ialah doa2 kalian yang berterus2an hari2 utk mereka2 yang telah pergi kerna doa2 itulah penyambung amalan2 mereka d dunia ini . Sptmana sabda nabi saw
'Apabila mati anak adam , terputuslah amalan mereka kecuali 3 perkara iaitu Ilmu yg berguna, sedeqah jariah dan anak yg soleh yg mendoakan mereka. '
Berbahagialah ibubapa yang ada anak2 yg soleh. Moga kita dan anak cucu kita mewarisi ciri2 anak2 yg soleh.
Wallahuaklam
Newcastle upon Tyne , UK, June 2011
