Thursday, 2 December 2010

Braking on Ice

'Bang , leh ker hantar saya pegi lab hari ni ?' tanya isteri pada penulis. Soklan nye mudah , tapi sukar nak jawab jam2 ni. Kerana memandangkan keadaan d luar, semuanya dah serba putih cam buih2 shampoo. Tengok keter dah tak macam rupa keter , jalan pun dah tak rupa jalan , pokok2 dan bumbung2 rumah semuanya dah putih melepak d tutup salji. Ni kalu ada transport macam keter sorong santa claus tu, kira orait jugak lah nak hantar isteri ke lab . hehe.

Dok pening2 ni , bukan apa. pikir leceh bila nak bukak pintu keter ni kang. 'Ieeyahh... ieeyahh!!!' , tarik handle pintu sampai nak tercabut . Sampai keter pun sama2 bergoyang ketengah ketepi, payah sebab ais dah melekat kuat macam gam gajah . Dah selesai masalah pintu , masalah cermin yg penuh ais pulak. Masa ni lah kelam kabut dok cari scrapper yg dah lama d buang .. 'oooooo..., rupanya ada bawah 'car sit'...hehe. Dah dekat setahun tak guna. Kalu tak, jenuh lah angkat air panas turun naik rumah, nak cuci cermin keter nih.

Ada sesetengah kawan , komplain susah nak start engine waktu sejuk2 nih . Musim sejuk , keter pon leh sempot jugak ehh..hehe . Tapi alhamdulillah keter buruk ford mondeo penulis ni memang mudah nak start . Cuma risau jugak lah , sebab mana lah tau, ais2 pun boleh gak melekat kat engine belt atau mana2 parts yg penting2.


Bertambah leceh lagi , bila nak suruh keter ni bergerak ke jalanraya, sebab jalan2 kecil tak d sembur garam 'grit' utk cairkan ais spt d jalan2 utama. 'Pueh tokan minyak' sampai berpusing2 tayar utk lepas longgokkan salji . Kalu nasib baik , cepat lah lepas , kalu nasib tak baik , alamat sangkut kat situ jer lah , kira boleh habis minyak kalu cam nih , tayar pun leh botak kalu tak kener gaya. Tapi ada satu kes yg buat penulis terharu bila sorang pompuan mat salleh boleh turun kereta dan tolak kereta penulis yg tersangkut dlm salji sampai boleh bergerak semula... Penulis punya lah rasa terhutang budi. Malu pun ya jugak sebab tak leh jadi baik hati macam tu...hehe

Bila dah bergerak kereta ni , teringat pulak lah kat 'camel trophy adventure' dulu2 . Jadi satu hal pulak nak bawak keter tengah2 timbunan ais ni. Licin semacam . Kekadang kekiri kekanan mengawal steering . Kalu terbabas ke luar dari trek biasa , surely akan sangkut. Dulu , pernah penulis ter 'lost control' semasa turun bukit . Tekan brake pedal , tarik handbrake pun tak respond jugak , kilas steering pun dia tak ikut tapi kereta terus meluncur laju kebawah tanpa kawalan . Alhamdulllah keter penulis pii langgar 'curb' jalan Bukan nya pii langgar rumah orang atau tiang letrik ..kecut perut giler . Sampai sekarang dah tak berani bawak laju2, takut2 terbabas lagi . N kalu ikut pengalaman sendiri , bila bawak keter atas ais ni , patutnya elakkan dari brake mengejut ataupun brake habis2an kerana boleh sebabkan keter 'skidding' . Dan biasakan bawak dlm gear tinggi bukannya rendah supaya tayar sentiasa berpusing. Kalu nak percaya pun tak pa, tak percaya pun tak pa..hehe

Bila perhati2kan kat luar tingkap semula , kejap2 kapas2 putih ni terbang bertaburan , kejap2 jatuh tegak kebawah n kejap2 pula terbang mendatar sebab d swing dengan angin yg kuat . Penulis pun kata kat isteri ' Ok lah , kita cuba redah jugak salji ni dengan keter kita ni' . Tak sampai hati pulak tengok dia jalan tengah2 salji yg extremely sejuk kat luar. Kalu berjalan pun , ada risiko jugak , jalan licin , mudah sangat tergelincir . Dah banyak kes2 hospital masa ni , ramai yg terseliuh urat , patah tulang dan macam2 lagi akibat tergolek atas ais. Tak nak lah jadi perkara2 yg tak d ingini..

Buat peminat2 car booth pulak , masa ni berhati2lah kalu pegi ke Stanley sebab kerap sangat tengok keter terbabas . Mungkin sebab 'garam grit' tak d sembur d kawasan tersebut. Takut kita tak langgar orang, tapi orang langgar kita pula.

Dan berhati2lah memandu pada ketika ini . Biar lambat asal selamat . Dan jangan lupa suruh anak2 berdoa keluar rumah ...hehe. (sebab kita ayah2 ni sgt sibuk , tak sempat nak menghafal doa yg pendek2)

'Bismillahi tawakkal tu alallah....'

kerana

'Doa itu bermenafaat terhadap kejadian yg sudah berlaku atau belum berlaku , wahai hamba allah, Hendaklah berdoa ' - riwayat alHakam