Monday, 5 April 2010

Berkerja seadanya

' Hang kata kita kena cabut rumput ja..??.adoii...awatlah kita kena cabut tunggul2 lama strawberri ni ., rasa nak tercabut pinggang dah..' penulis bersungut pada kawan yg ajak bekerja d ladang strawberri baru2 ni. Rasa menyesal tak sudah2 dengan azab bekerja seperti buruh kasar . Kawan pun tak terkata apa2 , tak tau 'cool down' penulis. Rasa bersalah pun ada jugak sebab tersalah bagi information kat penulis. Ingatkan kerja nya 'light n easy' saja , rupanya kerja berat giler pulak , macam mencabut tunggul besi dalam tanah...Waaaaaaaa.

Penulis pasrah dengan kerja d hari pertama d ladang sebagai buruh. Seingat penulis, kali terakhir penulis jadi buruh iaitu ketika tunggu result SPM . Masa tu kira ok sangat sebab tenaga masih kuat lagi dan semangat pun masih kuat . Jadi , tak apa lah ..Memang sesuai utk orang yang muda yg banyak tenaga. Tapi sekarang usia dah lanjut, semua skrew dah banyak yg longgar dan karat , ni kira betul2 at 'wrong timing n wrong place' la.... Habis nak buat macammana lagi . Dah lebih setahun penulis berehat dari bekerja. Maka dah rasa patut2 lah penulis bekerja sebagai ketua keluarga utk memberi nafkah anak dan isteri . Lagipun sejak matawang British Pound dah semakin jatuh ni sehingga 5 ringgit utk 1 pound , harga barang2 mentah , runcit , minyak , sewa rumah , tambang bas dah semakin naik . Sudah tentu tak mencukupi dengan duit biasiswa yg sediaada. So, kener bekerja la jangan tak kerja. Buat masa ni , jangan pilih kerja dulu. Asalkan ada duit masuk pun dah kira ok. Ringan sikit bebanan.
Sejak kerja d ladang ni , pagi2 lagi dah ke sana yg terletak lebih kurang 15 batu dari rumah kami setelah hantar isteri ke lab. Penulis menumpang kereta kawan kerana bole save minyak dengan ber'car pool' ni. D hari pertama penulis bekerja d ladang , mental ni rasa penuh dengan penyeksaan dan sengsara utk menyiapkan tugasan yang d berikan . Penulis kener mencabut / membersihkan tunggul2 lama strawberi satu persatu yang panjangnya hampir seratus meter bagi setiap satu ban / row strawberi . Bayangkan 1 row strawberri rasanya ada dekat 1000 tunggul strawberri . Semua orang (pekerja lain dari bangsa Cheq dan Latvia ) boleh siap 2 ban sehari . Tapi , penulis dengan kederat yg ada hanya mampu menyiapkan satu ban saja sehari . Itupun dah kira separuh mati dah d buatnya ....hehe. kira semua orang tenaga macam keter F1 , tapi penulis macam keter antik yg dah lama berkarat , kira slow habis , terhegeh-hegeh nak siapkan kerja...hhehe. Tapi memang patutlah , tengok saiz badan diorang pun dah kira hampir 2x ganda saiz badan penulis .
D ladang, udaranya terlalu sejuk , angin pula kuat meniup kami dan tak da pulak tempat berteduh atau berlindung . Kalu tak pakai glove memang menggeletar n beku tangan d buatnya. Penulis terpaksa pakai beberapa lapis pakaian dalam supaya tak demam dengan kesejukkan melampau ni . Pun begitu , sewaktu makan tengahari , tangan penulis sentiasa terketar2 bila pegang sudu utk makan terutamanya bila angin datang bertiup . Makanan pula , jangan ceritalah ...macam baru keluar dari peti ais...hantam sajalah...perut dah laparrr...
' D hari pertama haritu , kedua2 tangan saya 'cramp' bang masa bawak keter balik kerumah , nasibla selamat sampai jugak ' kata kawan tadi yang turut berkongsi pengalaman kerja d hari pertama beliau, yang turut merasa teruknya bekerja d ladang walaupun masih muda lagi . Manakala penulis pula rasa seram sejuk satu badan nak demam , mungkin sebab demam urat jugak . Sakit bahu , tapak tangan , sakit kaki dan macam2 sakit lagi n rasa nak buasir pun ada jugak...aduiih..Rasa melekat satu badan kat 'sit' kereta , tak leh nak bergerak-gerak ...hehe.

Rasa serik tak nak bekerja d ladang memang setiap hari ada tapi bila time dapat duit upah , jadi terlupa pulak dengan azab kesakitan yg sediaada...hehe. Amat menakjubkan penulis, penulis tak pernah minta upah , tapi matsalleh ni akan sentiasa bayar upah sebelum kita minta pada mereka. Ini membuatkan penulis betul kagum dengan sikap budipekerti mereka . Walaupun tidak beriman tapi mereka dah mempunyai nilai2 islam d dalam diri mereka. Pernah dulu masa penulis bekerja d tapak pembinaan , ramai pekerja2 yang sentiasa lewat d bayar upah mereka dan ada yg tak d bayar berbulan2 lamanya pun ada jugak....kesian . Kontraktor boleh jadi kaya , tapi memang tak da keberkatan pada rezeki yg mereka dapat.

Penulis sempat berborak dengan rakan sekerja yg berbangsa Latvia . Jauh dia datang utk bekerja d ladang iaitu dari eropah timur sana. Katanya dia pernah datang ke Kuala Lumpur n berhasrat nak datang lagi ....Agak terperanjat jugak penulis dengan kata2nya...apa tidaknya, dengan gaji buruh pun beliau boleh melancung keluar negara...dahsyat la tu . Tapi bila penulis congak2 balik , ada kebenarannya pun . Kalau beliau bekerja selama 2 bulan d sini . beliau sudah bole melancung ke mesia dan tinggal d hotel2 yg berbintang dengan pendapatan yg ada. Maksudnya pendapatan kerja d ladang ni memang lumayan tidak seperti d mesia . Kalu d mesia , walaupun bekerja sebagai executive pun , perlu simpan duit lebih dari setahun utk melancung keluar negara ... Itulah perbezaan nilai wang kita dan mereka. Dan perbezaan kualiti hidup kita dgn mereka juga... Kita ni , banyak habiskan duit kat toll , minyak , ansuran kereta dan ansuran rumah .. Malang sungguh kita ni .

Hari terakhir dapat peluang jumpa 'tokey' ladang yang juga seorang perempuan tinggi lampai , agak peramah dan sangat baik yg bernama Carolina . Kata kawan, dia ada anak sorang kat Cambridge n sudah tiada suami . Sentiasa berjalan2 bersama 2 ekor anak anjing , melawat ladangnya yang saujana mata memandang dan bertanya akan progress kerja melalui pekerjanya.

Kawan penulis yang bujang ni mempunyai cita2 yg besar utk menetap d UK berkata kat penulis ' kalu saya dapat kawen dengan tokey pompuan matsalleh ni baguih la bang , saya dapat tinggal kat UK sini , senang saya...' penulis tersengeh saja bila dengar ayat2 kawan ni sampai habis , dah ada jawapan dalam kepala tetapi tak terlontar pula melalui kata2 ...mungkin macam tak mungkin berlaku kot...sebabnya dah la kita ni bangsa yang hitam , pendek pula , harta pun tiada dan rupa lagi out, tak ada secuit pun istimewa nya kita ni pada pandangan tokey pompuan mat salleh tu ...hehehehe.

Tapi jawapan yg sebenarnya yg penulis nak sampaikan ialah dalam surah albaqarah ayat 221 'Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya perempan yg beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hati mu .....'

akan tetapi ramai yang tak mengendahkan nya.....

Penulis sempat bekerja selama 2 minggu d ladang ni . Sempatlah dalam kerja2 menanam benih strawberri dalam 2000 benih . Lepas ni kener tunggu musim memetik buah strawberri pula pada bulan Jun nanti . Gambar yg d tunjukkan ni ...ialah sewaktu bersantai d ladang strawberri bukannya kerja d ladang..hehe.

Wallahuaklam














































































No comments: