Tuesday, 2 March 2010

Kapas2 yg berterbangan

'Abang lupa ke nak bawak masuk daging yg d beli tadi ? tanya isteri pada penulis bila daging yg d beli tadi tak d bawa masuk kerumah . ' aa-aah , tak pe laa..lagipun takkan berbau dalam keter tu , keter kita pun dah macam peti ais .....' hehe, kata penulis pada isteri bila dah malas nak kuar masuk rumah dalam keadaan cuaca yg terlalu sejuk sekarang ni. Kang nak kuar rumah , dah nak kener pakai jaket , pakai glove semula...kan payah tu.
D UK sekarang (awal mac) dah masuk penghujung winter, rata2 suhu pada sekitar 0 'C dan kadangkala akan turun sehingga -5 'C , memang sejuk tahap gaban laa, kalu keluar rumah tanpa glove sudah tentu kebas2 tangan d buatnya. Takut jari jemari ni kener 'frost bite' nanti ..hehe. (Rasanya tak leh berlaku sebab suhu tak la d kira melampau sangat pada tahap ni ).Secara jujur , penulis katakan , kehidupan semasa winter adalah suatu pengalaman yg amat menyesak dan menyiksakan. Walaupun selama ini terasa indah bila tengok salji yg turun d dalam TV dan gambar2 yang d poskan oleh student dalam suratkhabar waktu hari raya. Tapi rupanya semua itu hanya sementara sahaja . Hanya bila sesekali suhu mencecah 4 'C , itu sudah d kira cukup panas dan mengembirakan penulis buat masa sekarang.Ramai yg mengalami 'depression' bila setiapkali datang winter . Bahkan , mat2 salleh yg dah lama hidup kat sini pun tak tahan dengan cuaca sejuk. Hingga ada mat2 salleh yg ambil cuti sepanjang winter dengan melancung ke negara2 panas seperti Malaysia. Penulis yg baru tiba d UK yang belum setahun jagung ni pun dah tension giler. Sampai nak masuk kebilik tido pun payah, terpaksa pikir banyak kali samaada nak tido kat bilik ataupun nak tido kat ruang tamu yg lebih panas, kalu tido d bilik tido, biliknya sejuk, katil sejuk , bantal sejuk , selimut sejuk n everything is sejuk... . Nak ke toilet ? lagi laa tension wehh..hehe , punyalah susah, nak pegi pun salah tak pegi pun salah . Tak pegi kang takut ter-bocor pulak . Dah banyak kali dah mimpi buang air dalam toilet , cuma tilam tak basah lagi nih...hehe.

Sewaktu winter , penulis lebih selesa kurung diri dalam rumah. Nak kemana2 pun agak tak berapa sesuai . Dan sebenarnya lebih selesa dan selamat berada dalam rumah dari berada d luar rumah yg terlalu sejuk dan cepat gelap. Mood pun agak down selalu, nak menulis pun sampai tak da idea langsung. Mata pun mudah sangat layu . Mata ni pun ikut matahari jugak rupanya ...kalu matahari terbenam pukul 5 petang , mata pun turut sama nak pejam walaupun baru waktu petang . Bila terbit matahari pada pukul 8 pagi baru rasa rugi dengan masa yg terbuang. Sini tak siap sana tertangguh . Time management perlu betul2 d jaga masa winter ni .

Dalam bab makan mula , asyik lapar memanjang jer , nak makan dan terus makan . Sampai kawan yg dah lama tak jumpa penulis berkata ...' Eh, pipi hang dah tembam la ...!' hehe...bukan sekadar tembam , perut pun dah borooi arr ......haha.

Satu hari ada seorang kawan penulis dari Lithuania menceritakan pengalaman winternya dan berkata ' in our country , usually the tempereture is about -15'C ' ehh..termenung sekejap penulis dimana tak tergambar macammana diorang ni boleh hidup dan melalui kehidupan manusia biasa pada suhu tersebut. Dahsyat betul orang puteh ni ...Rupanya lepas tu ada sorang kawan dari Romania mencelah .' but in our country , the tempreture is almost -25'C during winter..' Masyaallah , sanggupnya mereka hidup dengan suhu melampau begini....Ingatkan d UK dah kira sejuk sangat dah....hehe.

Satu hal yg agak membebankan ialah tentang bil letrik dan gas . Kebiasaannya bil akan meningkat 2x ganda kerana tariff pun turut naik pada masa ni dan begitu juga dengan masa penggunaannya. Kalu masa summer dalam 30-50 GBP utk gas , winter mungkin mencecah sehingga 80-100 GBP. Tapi , nak jimat punya pasal , ramai jer yg sanggup tak pasang heater waktu winter . Rela kesejukkan dari habiskan duit kat bil..hehe. Dan yg bujang2 pula , terus menumpang kawan2 yg tinggal d hostel . Lebih panas kata mereka dan tak perlu habiskan duit utk bil gas. Betul gak tu... banyak bole save duit . Dah jadi kebiasaan pula , kalu penulis kerumah orang2 bujang ni , sampai terketar2 badan akibat kesejukkan . 'apa hal la rumah hang pa ni , sejuk betui..sampai terketaq2 abg ?' komen penulis pada mereka . ' sory la bang , kami baru nak onn heater ni ....' jawab mereka sambil dalam keadaan mengigil jugak...hehe.Masa awal winter dulu ( bulan nov) selalu juga berkata2 dalam hati 'bila laa salji nak turun , bila la salji nak turun' ...excited nak tunggu salji nak turun , tak sabar2 ....hehe. Selalunya memang tak perasan sangat bila awal2 salji ni...tengok2 kat tingkap ..eh , apasal kapas2 ni berterbangan d luar ? rupa2nya itu lah salji . Riuh satu rumah tengok salji kat tingkap ...hehe. Dan yang seronoknya kot ..bila salji setebal dalam 4-6 inci , masa tu ambil kesempatan untuk bergambar dengaan macam2 posisi sebab nak post dalam facebook n ke malaysia ...hehe. Dan bagi yang berkeluarga akan mengambil kesempatan ini utk membuat snowman d depan rumah bersama anak2 . Eh ,macam best jer bunyinyer....hehe.Kini winter pun dah berlalu , semangat pun dah agak pulih sedikit . Otak ni pun barulah mula nak berfungsi sedikit ...hehe. Ni yg bole nak menulis balik nih ...hehe. Semoga allah sentiasa beri kekuatan utk terus beribadah pada Nya dan bersyukur atas semua nikmat kurniaanNYa .

Marilah kita sama2 renungi firman allah dalam surah al-insyirah
'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan , Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ....'