Berbeza pula dengan adik2 undergrad yg dah senior, ramai yg ambil keputusan utk dok kat newcastle jer d waktu winter ni , kalu kemana2 pun, hanyalah d dlm UK sahaja . Selainnya nak
mgulangkaji pelajaran dan menyiapkan assingment yg banyak , serta utk bersiap sedia menghadapi peperiksaan January nanti . Semoga allah permudahkan exam kalian ..ameen .
Lain pulak dengan yang postgrad. Winter ni tak best nak kemana2 la bang sebab siangnya pendek, cepat gelap, cuacapun sejuk dan lembab, waktu solat pun singkat , jadi susah nak bergerak kesana kesini, kejap2 dah nak cari tempat solat dan ada gak yg bagitau penulis , kami tak kemana2 pun sebab nak simpan duit kerana tak lama lagi ada 'boxing day',kalu save duit masa ni banyaklah dapat beli barang2 mahal dengan harga yg sangat murah. Oooo...itu macam ka..hehe , betul lah tuuu.. Sebenarnya , dah banyak dah duit2 siling yg penulis dah kumpul.... hehe
Apapun memang seronok bila berjaulah/melancung ni. Tapi terpulang dengan tujuan dan selera masing2. Ada yg suka melancung kerana suka2 nak tengok negara orang. Ada yg suka tengok pemandangannya , ada yg suka tengok tempat2 sejarah , yg suka shopping dan tak kurang juga yg suka tengok kesenian bangunan yg tak terdapat d tanah air dan ada gak yg pergi menziarahi kawan2 yg belajar d negara yg lain. Pokok nya..fulus mesti cukup beb utk pegi dan cukup pula utk menyara kehidupan bila dah balik nanti ...hehe
Dan elok la jugak buat preparation sebelum pergi melancung seperti mendapatkan maklumat tentang bandar2 yg akan d lawati, cuacanya, bahasanya, sejarahnya , undang2nya , tempat2 menariknya dan macam-macam lagi supaya nanti tak lah ' blur - blur ' dan membuang masa d sana. Pernah penulis pergi ke Edinbrough baru2 ni . Tetapi sebab tak buat preparation awai-awai , sampai tak tahu ada masjid besar kat situ , lerr ruginya...

Penulis teringat cerita seorang kawan mengenai destinasi pelancongannya , 'mula2 memang saya nak ajak famili tour europe bang ...tapi lama2 fikir , saya ubah keputusan, bawak satu famili buat umrah pula..' terkedu pulak rasanya bila mdengar cerita dari seorang yg telah menjadi tetamu allah nih. Memang banyak sangat perbezaan kalu kita kesana (mekah) bang. Berbanding dengan kita pergi melancung ke europe nih. Kalu dah pergi sekali , kita akan sentiasa merindui utk pergi kesana lagi. Walaupun keadaan nya sangat panas , berbatu batan , berpadang pasir dan tiada pula tumbuh2an dan tiada pokok2 utk kita berteduh, namun kenikmatan dan keseronokkan akan tergambar apabila d beri peluang utk menatap wajah kaabah yg menjadi kiblat kita selama ini, bertawaf , bersaie , bersolat dgn imam assudais dan mendapat peluang berdoa d raudah n hijr ismail sememangnya tidaklah tergambar kan.
Apatah lagi , betapa sayu nya hati bila berdepan dengan kubur rasul saw, kubur para sahabat d baqi' dan juga kubur para2 syuhada d uhud yg telah banyak berjasa pada umat islam sehingga memungkinkan kita memperolehi hidayah Nya dengan nikmat Iman ini. kalu tak ..ke kuil la kita hingga kehari ini , bukannya ke masjid ..hehe. Kerana itu , kita harus ada keazaman utk kesana walaupun sekali dlm seumurhidup. Tapi utk kesana ...hanya allah swt saja yang akan membuka
hati2 kita utk menjadi tetamu istimewa Nya dan sama2lah kita renungi hadith ini...
'Janganlah kamu bersusah payah musafir utk solat kecuali ke tiga buah masjid iaitu d Masjidil Haram d mekah , masjidku ini (nabawi) dan masjid al aqsa '
