Wednesday, 23 September 2009

Kemeriahan d Aidilfitri

'allahuakhbar ...allahuakhbar....allahuakhbar ...' penulis bertakbir dengan suara perlahan sebaik saja selesai solat berjemaah maghrib. Mak mertua kat belakang dah start ' sob..sob ..sob..' menahan kesedihan kerana pd kali ini mak berhari raya berseorangn tanpa arwah suami yg telah pergi dan juga mengenangkan aidilfitri tahun ini tidak dapat untuk bersama bergembira dengan anak2 dan cucu2 yg lain yang berada jauh d tanahair. hati orang2 tua memang cukup sensitip dengan takbir yang sentimental...hehe


Selepas takbir barulah bersalaman dan mohon kemaafan dari mak . Actually, Allah akan beri banyak ketenangan dalam hidup ini kalu hubungan menantu dan mertua sentiasa mesra dan harmoni . Penulis harap semua orang macam tu jugak dengan mertua masing2..

Bila masuk isya' , penulis dan rakan2 kerumah penghulu. Ramai yg datang untuk berjemaah isya dan bertakbir sama2 pd malam tu , baik dari kalangan post grad mahupun dari kalangan under grad . Adik2 yang baru sampai dari mesia pun turut join buat pertama kali . Sedikit sebanyak dapatlah kami khabar berita tentang tanahair dan bila dah ramai2 bertakbir nih...tak lah rasa macam kat negeri orang . Selalu rasa mcm kat pakistan jer walaupun d negera omputeh , sebab ramai sangat pakistani kat sini ..hehe

Lepas tu, semua orang setuju nak pegi berkumpul d rumah chef Ron dulu sebelum berpecah kepada dua kumpulan takbir (fenham n Benwell). Bau masakan chef macam dah masuk ke hidung semua orang sejak dari rumah penghulu lagi rupa2nya ..... 'sup cik siti la bang ,,,' kata chef pd kami akan rahsia masakkannya . Cik siti mana la pulak chef ? . Memang sedap , kaw kaw punya..nak minta bungkus ...segan la plak..hehe


Alhamdulillah cuaca d pagi aidilfitri cerah n tak berawan sangat . Tak macam minggu2 sebelum ini yang berawan tebal dan hujan . Penulis sekeluarga sempat pegi menunaikan solat raya d masjid tauheed ( central mosque) . Maleh pulak rasanya nak pegi ke gateshead stadium yg jauh dari sini , lagipun takut jammed teruk kerana ada 'big run event' d newcastle city. Kali ini solat aidilfitri d buat d luar bangunan masjid . Ingatkan ok jer cuaca panas d luar ..tapi menggeletar gak d buatnya..punggung dan tapak kaki pun sampai sejuk sakan. Tapi pelik , tengok orang sebelah n orang lain macam biasa ja

Selalu khutbah raya d mesia , buat penulis tido saja..hehe. Tapi pengalaman pertama mendengar khutbah aidilfitri d sini agak lain sikit kerana begitu bersemangat , padat dengan nasihat dan cukup menginsafkan . Kata khatib , aidilfitri bukan perayaan untuk berseronok n bersukaria saja
tetapi aidilfitri adalah hari kemenangan , kemenangan setelah menempuh bulan ramadan , berjaya melawan nafsu dan mendidik diri menjadi rajin dalam beramal dan bersabar dalam mentaati perintah allah swt . Dah sampai masanya tv-tv mesia mengurangkn hiburan bila time raya dengan banyakkan takbir n tahmid sewaktu malam raya daripada rancangan2 hiburan , nyanyian , lawak jenaka dan telemovie2..sampai lupa aidilfitri sebagai hari kebesaran dan kemenangan untuk org2 beriman

Kata khatib lagi , kemenangan yg paling besar ialah d padang mahsyar kelak. Bila kita d berikan khabar gembira yg kita akan masuki syurga allah swt , d beri kitab amalan d sebelah tangan kanan dan d jauhkan dari azab neraka. Itulah kemenangan yg paling besar buat umat manusia yg beriman. Manusia yg berjaya pada ketika itu akan menyuarakan kemenangan mereka .
yg kecewa, adalah mereka yg tak beriman, mereka yg d tolak segala amalan kebaikkannya d dunia ini dan mereka yg d campakkan ke neraka allah swt . Permintaan mereka utk kembali kedunia dan beramal tidak d layan oleh allah swt . Nauzubillahi minzaaliq .


Khatib juga berpesan , perangai baik kita sewaktu bulan ramadhan harus terus kekal ke bulan syawal dan bulan2 yg seterusnya , seperti rajin ke masjid, rajin solat berjemaah n solat sunat, tilawah alquran , menjaga tuturkata , menjaga mata , telinga , kaki dan tangan drp maksiat.
Latihan intensif sewaktu ramadhan harus berkekalan sehingga akhir hayat dan perangai yg buruk , harus d tinggalkan buat selama-lamanya. Amalan puasa sunat syawal juga patut d amalkan kerana mempunyai banyak fadhilat sepertimana sabda rasul saw...

' sesiapa yang berpuasa ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan syawal , maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun' - riwayat muslim


Khatib juga berpesan kepada golongan ibubapa , supaya memastikan mereka mendapat kemenangan sebelum meninggalkan dunia ini dengan mendidik anak2 mereka dengan didikan agama. Mereka yg gagal mendidik anak2, sudah pasti akan kecewa bila tua nanti d mana mereka akan mendapat layanan yg buruk dari anak2 sendiri seperti d hantar kerumah orang2 tua dan harta benda nya menjadi rebutan . Lihat saja pusat jagaan orang2 tua yg begitu banyak tumbuh d uk ni. Nasihat khatib supaya pastikan anak2 menjadi qurrati a'yuun (penyejuk mata) kita d dunia dan juga d akhirat dengan mendidik mereka dengan agama.


Sebenarnya panjang lagi ucapan khatib , tetapi setakat tu je dulu . Nanti panjang2..jadi text ucapan khutbah aidilfitri pulak...hehe. Mudah2an yg sedikit ini d amalkan oleh semua orang.

Lepas solat raya , jumpa kawan2 yg solat sekali d masjid ni. Berpeluk2an dan bermaaf2an atas segala salah dan silap. Nak kenal orang melayu senang ja...diorang pakai baju melayu ..hehe. Orang arab pula jarang yg berjubah , cuma orang pakistan saja yang pakai baju dan seluar labuh beserta baju sejuk mereka .

Masuk hari ni , dah 2 hari makan2 dan ziarah menziarahi sesama kami, sampai tak berasap dapur kat rumah ...hehe. Tiap2 rumah ada sepecial menu masakan masing2. Nak laksa pegi rumah ni..nak lontong pegi rumah tu ..nak satay , nasi kerabu , nasi dagang , nasi minyak, nak rendang ayam, rendang daging , kueh raya pun ada d rumah kawan2 tertentu. Pendek kata , masa ni la , masa yg paling sesuai utk melepaskan rindu dengan semua jenis masakan mesia .

Penulis pun nak amik kesempatan utk ucapkan ribuan terimakaseh kerana ramai yg sudi datang kerumah dan minta maaf kerana tak dapat lagi pergi kerumah kawan2 yg lain kerana kesuntukkan masa . Insyaallah , raya orang melayu ni sebulan....hehe . Slow2..pegi ke sebuah dan kesebuah rumah yg lain nanti .

Akhirkata , setelah kita d sucikan dengan pendidikan ramadhan , marilah kita sama2 menjaga kebersihan jiwa yg telah sediaada..

' sesungguhnya beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yg mengotorinya..' - assyams 9-10

wallahuaklam






No comments: