Thursday, 6 May 2010

Qawiyyul Jism

'Ni ada hadith utk d hafal, kener hafal dengan sebutan arabnya sekali dan kena hafal sebelum kita balik kesini 'tegas Mas'ul program riadah kali ni, seorang akh 2nd yr medic, dari H.Watt Univ, Scotland. Penulis terkedu gak bila melihat kertas yg d berikan, bole hafal ker dlm masa yg singkat ni ? diaorang ni semuanya IQ bagus2 , memori pun tip-top, sedangkan penulis ni dah masuk generasi veteran ...hehe , tapi...bak kata pepatah, hendak seribu daya , tak nak bagi lah seribu alasan. Sepatutnya bila dah semakin berumur ni, semakin bertambah hafazan, takkanlah masih tak bertambah2 lagi hafazan sampai akhir hayat , kubur pun dah selalu kata, ' mari ..mari ....' rugi sangat kalu masih leka dan lalai.

Menyusuri hadrian wall setinggi 5-6 kaki ni amat memenatkan juga sbb terpaksa mendaki bukit yg berbatu batan , curam dan sangat merbahaya . kalu sesiapa yg belum biasa mendaki,rasa nak tercabut gak lutut kaki tu. Perlu berhati2 supaya tidak tergelincir ke dlm gaung yg jauh d bawah . Tiada pokok2 , yang ada hanyalah rumput2 dan pecahan batu2 besar . Alhamdulillah, kebetulan cuaca pada hari ini sangat2 baik kerana cerah dan kurang berangin . Tak pakai baju sejuk pun tak pa. Sorang dua mat salleh yg ada kat sini , mentertawakan penulis kerana masih pakai baju sejuk ...haha. tak sangka pula cuaca sangat ok . Biaq piii la..kalu kita ketaq pun , depa bukan nak tolong panaskan, no. Alasan nak cover malu....heheMasyaallah , pemandangan d puncak ni , mgingatkan penulis akn suatu ketika dahulu (sewaktu student) mendaki bukit d klang gate dengan adik2 first year jugak . Seingat penulis rashidi adenien, pozlan ada tapi hisham samiran, amri dan lain2 tak pasti plak ...hehe, sory2. Manaf , memang confirm tak ada, sebab dia minat masak jer..hehe. Puncaknya terdapat berbatu2 besar, cerunnya curam n tiada pokok2 d sebelah belakang bukit terdapat tasik empangan klang gate yg tenang d sebelah depannya pula , kita dapat lihat kota kuala lumpur dari jauh . Rasa tenang sekejap d puncak bukit ini , d tambah lagi dengan angin yg bertiup nyaman . Sama aktiviti seperti dahulu juga , kami menikmati sandwish yg d bawa sambil mencuci mata dgn melihat ciptaan allah yg sungguh istimewa .Cuma yg bezanya pada ketika ini, tiada tazkeerah , tiada taaruf d ganti dengan hafazan hadith tadi ...hampir semua dah hafal, paling koman pun separuh jalan..cuma penulis jer...er, er ,...erk. as expected .
Kmudian kami menuruni bukit dengan menempuh hutan kecil tapi bukan hutan pine seperti d dalam gambar2 high country . D situ kami mgambil wuduk dari air tasik tersebut n solat jamak d situ . Tengok diorang ni , tak da yg bukak kasut utk basuh kaki , may be ikut pendapat mazhab lain kot yang menyamakan stokin dgn 'khuf' , but penulis lebih yakin dgn bukak kasut n stokin n terus basuh kaki selagi mana air tasik ni tak terlalu sejuk. Anyway, ianya bab2 fiqah yg patut d hadam oleh semua..bila buat mesti bdasarkn nas/hujjah yg jelas , selepas solat kami d beri tazkeerah oleh akh 4 yr medic dr. unv. leeds. Sungguh mendalam penghayatan akh ni dalam menyampaikan peringatannya pada kami .

' Betapa malunya kita sebagai manusia dengan makhluk allah yang lain yg ada d sekeliling kita, mereka sentiasa bertasbih kepada allah sedangkan kita tidak ......'

bila menulis kisah ni , penulis mula teringatkan sahabat2 seangkatan d mesia yg dah mula sakit2 ...spt gaut , kolestrol tinggi , diabetes dan macam2 lagi akibat tidak jaga makan dan kurangnya bersenam . Harapan penulis agar selepas menghayati cerita riadah ini, teman2 akan terus rajin n bersemangat utk memastikan jasmani kita sentiasa tip-top sebagaimana rohani kita .Ingat pesanan Imam Hassan AlBanna dalam 10 muwasafat yg perlu ada dalam individu muslim/ duat antaranya adalah qawiyyul Jism ...agar kita mampu memikul tanggungjawab amal islami. Malu betul dengan orang puteh kat sini , penulis ada jumpa sorang nenek yang dah berusia 80 tahun dlm train yg masih boleh jalan sendiri dan angkat beg sendiri !! dan begitu juga dengan seorang boss syarikat besar, ramai professsor2 , officer2 d sini yg berbasikal ke pejabat. Apa lagi yg dapat penulis katakan...

' Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih d kasihi allah dari mukmin
yang lemah , tapi pada keduanya ada kebaikkan ' - hadith

semoga ada kebaikkan bersama

wallahuaklam



pls-
hadrian's wall adalah tembok sepanjang lebih 100 batu merintangi UK dari pantai barat ke pantai timur d bina oleh Hadrian emperor untuk menghalang tentera rom yg berada d scotland menyerang England suatu masa dahulu. Lebih kurang macam great wall china. Tetapi tak laa se glamour itu ...

utk lebih menarik lagi ..pegi ke youtube n type jaulah hadrian's wall.