Sunday, 8 November 2009

Bst to Gmt

Sabtu 24 oct lepas, penulis terbaca email dr kawan baik dlm balaigroup nih , yg memberi reminder suruh tukar waktu jam dari British Summer time (BST) kepada Greenwich mean time (GMT) . Maksudnya kener lewat kan sejam dari masa yg sediaada .(utk selama 6 bulan akan datang - sewaktu winter) takut2 tersalah timing bila nak pegi kejer n 'car but' pulak nanti..hehe Tetapi memang maleh betul la ..bila nak tukar2 waktu jam nih .. penulis hanya membiarkan jer jam tangan ikut waktu lama. Fikir dalam hati ...ala...sendiri boleh congak ...sejam jer apa bezanya..no big deal...hehe

baru2 ini , sementara nak tunggu solat asar penulis tertanya2 kat diri sendiri ,"eh, macam dah nak gelap jer kat luar, takkan waktu asar dlm gelap kot??' terasa lain macam jer dengan waktu solat yg terpampang d dinding tuu.. masjid nih ikut jam lama ka , atau ikut jam baru ka ? sedangkan waktu jam penulis memang ikut jam lama lagi. Mungkin waktu jam masjid ikut jam baru gak kot...alamak..confused !! dah start 'fening' bila mula buat mathematic dalam kepala...hehe sebab tak puas hati gak, penulis pun tengok sekali lagi jam solat kat situ. Bila piii tengok betui2...'Astaghfirullah ...' masuk maghrib rupanya pukul 445ptg bukannya waktu asar lagi weh. Kelam kabut jadinya, solat asar dalam last2 minit . Nasib la sempat , lepas bagi salam azan maghrib pun d laungkan bilal tu la pasal , dok ngok-ngek kat diri sendiri sebab degil sangat .
tak nak ikut perkembangan teknologi masa ...


Memang , masa awai2 hari tuu..jadi confuse giler dengan waktu solat. berubah dari masa yg logik kpd masa yg rasanya macam tak logik..hehe macammanapun, rasanya...tak la jadi confuse kalu kita ikut tukar jam kita mengikut current time . Lihat saja jadual penerbangan yang tak pernah terganggu pun dengan perubahan waktu ..semua flight boleh take off n landing pada waktu yg d tetapkan tanpa kemalangan ataupun delayed. Yang problem nyer, penumpang jer..samaada akan terlepas flight atau tak n harapnya dah tak der orang mesia kat sini yg belum ubah waktu jam lagi .(penulis jer la kot pemegang rekod org terakhir tukar waktu jam nih..hehe )

D Mesia pun pernah tukar waktu jam suatu ketika dahulu bila tun mahathir mula naik jadi PM ( rasanya tahun 1981 ) . Pada ketika tu , ramai gak yg tak selesa dengan waktu baru d semenanjung kerana terpaksa ikut waktu sabah/sarawak yg cepat setengah jam. Ramai yg mrungut kerana pagi2 gelap dah g ke ofis n g ker sekolah sedangkn matahari tak nampak lagi. Tapi bila time balik kerumah, semua org nampak hepi la plak. Sebab dapat balik awal kerumah , bole buat macam2 kejer sebab siang lagi tapi , lama2 dah terbiasa...dah tak rasa apa2 perbezaan dah sekarang nih...

Sebenarnya byk citer menarik tentang GMT nih , tetapi secara ringkasnya . Waktu GMT nih d ambil sempena tempat yg bernama greenwich yg terletak berhampiran dgn kota london... yg mana garisan longtitude nya pada 0 0 0 . Seluruh dunia dah guna GMT sejak 1884 lagi sebagai rujukan masa negara masing2...bahkan pihak tentera seluruh dunia pun menggunakn GMT sebagai masa rujukan mereka..yg d panggil military time, atau terkenal dgn Zulu Time. Ingatkan dulu ZULU ni , nama planet mana plak..hehe

Rupa2nya jugak , d zaman semakin canggih dan moden nih . negara2 Eropah dah tak guna lagi GMT sebagai rujukan masa .. mereka dah guna UTC (Coordinated universal time) pula yg lebih tepat tetapi beza masa GMT dan UTC hanya lah 0.9 saat sahaja ... mungkin kita orang islam boleh mencontohi org putih nih yg begitu 'precise' mudah2an satu hari nanti, bila time tengok anak bulan..kita dah betul2 yakin dgn masa terbitnya , saiz bulannnya , kecondongannya...dan segala2nya insyaallah ...tak la lagi susah2 dengan pelbagai pendapat dan ramalan.

Sajer nak syorkan , kalu ke kota london tu ...pegi la ker greenwich
nampak macam pekan biasa ja...tetapi , sekurang2nya anak2 tahu mereka dah sampai ke garisan longtitude 0 0 0 tu.... kalu kat mesia pula ...kalu boleh pegi lah ke pekan Pontianak d Kalimantan (bukannya byk pontianak s.malam kat situ ..hehe) yg tak jauh dari sempadan sarawak d mana kat situ titik garisan khatulistiwa d latitude 0 0 0 gak. boleh amik gambar banyak2...hehe . (ini semua utk peminat2 geografi jer nih ...)


hmm...macammana pun masa terus meninggalkan kita samaada kita ikut GMT ker , BST ker mahupun UTC cuma pesan penulis , d kala waktu solat zohor, asar n maghrib sudah semakin rapat n cepat nih , agar kita tak terleka dengan waktu 'carbut', waktu kerja, waktu lab , school dan juga lain2 yg seumpamanya... sepertimana peringatan allah swt dalam surah Al Maun 107 : 4-5

'Maka celakalah org yg solat, iaitu org2 yg lalai terhadap solatnya..'

wallahuaklam bissowab