Akhirnya, pengumuman awal ramadhan jatuh pd hari Sabtu sama seperti d Mekah, juga Mesia dan banyak negara2 timur tengah yg lain. Penulis dapat berita mula puasa melalui pengumuman yg d buat melalui Islam Channel yg memaklumkannya sebelum waktu maghrib . Alhamdulillah , masjid pakistan, bangladesh dan arab kat sini semuanya start ramadhan pada waktu yang sama....iaitu hari Sabtu.
barulah timbul sikit kesedaran , bahwa susah gak kalu tak der Penyimpan Mohor nih , nak ikut cakap sapa?? semua kumpulan ada suara nak 'decide' bila nak puasa kat sini...hehe . Nak ikut Pakistan boleh , nak ikut Arab pun boleh ..tak der siapa pun nak halang dan tak der sapa2 pun nak tangkap. Macammana pun..kalu nak selamat kata kawan yg dah lama tinggal kat sini, ikut jer Masjid Universiti yg mana mereka akan refer ke Masjid London dan kebiasaan nya , MSD pun akan rujuk kepada masjid London gak. Harap2 semua orang rujuk kepada satu tempat sepertimana satu kiblat. Barulah nampak ada satu kesatuan ummah d kalangan umat islam.
rupanya, dalam pejam celik pejam celik, dah 7 hari berpuasa d perantauan . Tak terfikir pulak nak berpuasa d tempat 'om-puteh' yg jauh nih . Biasanya tengok tv dan dengar cerita pelajar2 n pekerja2 menceritakan pengalaman berpuasa d rantau orang ...tak lah seronok sangat dan nampak semuanya macam sederhana ja , ala kadar ..dan rasanya , penulis dan rakan2 kat sini pun rasa macam tu jugak , cuma letih lebih sikit lah kot...hehe
Ramadhan kali ni jatuh pada penghujung summer . Jadi tak lah panjang sangat waktu berpuasa iaitu sekitar 16 jam sahaja yg mana bermula dari pukul 350am sehinggalah pukul 810pm .
Cuaca agak sejuk dan kerap hujan , jadi tak lah rasa lapar sangat ..hehe. Cuma waktu pagi mungkin rasa 'dry' sikit tekak nih, sebab low humidity tapi bila gosok gigi , kumur2 sikit , hilang lah kering tekak tu . 'jangan pii telan air paip plak' ...tak pasal2 batal puasa...macam cerita puasa zaman kanak2 dulu, ingatkan rajin kumur2 kerana amik wuduk tapi rupanya dok telan air paip ...hehe
waktu siang , nampak tak der beza dengan bulan2 lain restoran pakistan dan kedai lain2 buka macam biasa ja..cuma d waktu malam , semua masjid menjadi penuh dengan orang2 yang nak berbuka (iftar) dan berterawih . Boleh kata semua masjid ada sediakan jamuan berbuka. Sampai ada kawan 'mengempen' penulis supaya pergi iftar kat satu masjid . 'jom pegi ke masjid ni bang , makanan nya bertaraf 5 bintang ...'
jadi , kira selalu makan kat masjid lah ...jarang makan kat rumah . Lauk pun masyaallah ..hebat betui makan dgn menu ala pakistan dan ala arab sampai tak larat nak habiskan ,sebab maklumlah , jenis perut orang mesia ni tangkinya sungguh kecik...heheAda masjid bagi minum coca-cola n air bergas waktu berbuka.. pelik gak bila penulis tengok diaorang nih. macam tak 'concern' sangat dengan kesihatan badan. Nasihat penulis , hati2 lah dan jangan terover2 minum air gas nih . Sebab ada kawan penulis yg minum air gas sepanjang berbuka puasa. Akhirnya , buah pinggangnya terus rosak walaupun masih muda lagi dah rosak buah pinggang niii, ...sukar nak dapat spare part . Kalu ada spare part pun , memakan kos yang sangat tinggi . Kadang kala kener tunggu penderma mati dulu . Mintak2 allah jauhkan kita semua dari segala penyakit ...ameen
Kalu bertarawih d masjid universiti dan masjid tauheed (arab) . Biasanya orang arab jadi imam , sedap dengar diorang baca al quran macam imam2 arab 'import' yang datang jadi imam tarawikh d mesia gak . Sebab kelebihannya , bila diorang baca , diorang faham makna . 'intonasi' bacaan nya sesuai dengan maksud ayat yang d baca n bila setiap kali qunut witir , ramai yg menangis bila dengar imam berdoa . kiri kanan, depan belakang, org yg berbangsa arab akan menangis tersedu2. Penulis yang tak faham nih, hanya dapat tadah tangan jer la. Tak faham apa2...rugi nya aku ini...kata dalam hati .
dan masjid Tauheed yg dekat rumah agak kecil n tengah renovation, orang pulak ramai d situ , jadi jarak antara saf2 terpaksa d pendekkan sampai sujud pun kat hujung kaki2 orang dan kadang2 terlanggar pulak punggung orang depan, itu pun kira kes baik gak ..kalu nasib tak baik ,
kepala kita pun boleh masuk dalam baju orang depan....hehe.
ada terfikir gak, ramai yg solat terawih d sini adalah dari bangsa arab/asia. Bukan warga tempatan , hanya seorang dua saja yang mat salleh . Maksudnya , sambutan mat2 salleh terhadap islam masih lagi perlahan walaupun sudah ribuan masjid d bina d UK , tetapi mat salleh yang islam masih lagi kurang dan sedikit jumlahnya . Mungkin orang mesia kat sini boleh fikir-fikirkan bagaimana nak menyampaikan mesej 'iman' pada mat2 salleh d sini sebab kaum arab n pakistan , masih lagi tidak mampu keluar dari kepompong bangsa masing2.
Balai mesia pun ada buat solat terawikh d rumah balai dan rumah kawan2. Setakat ni, weekdays kat loteng rumah dr suhaimi n weekend cadangnya d rumah balai . Meriah lah juga bila lepas terawih sambil makan moreh pot luck. Dapat kongsi cerita2 sesama warganegara tentang perkembangan terkini. Yg sempat penulis dengar baru2 ni...citer2 tentang ' italian furniture' yg begitu rancak d bualkan oleh kawan2 lelaki kat sini. ( penulis belum register masuk kelab italian lagi sebab yuran ahli mahal) hehe...
apa pun cerita ramadhan kali ini yang penting kita semua kener insaf dan mengambil kesempatan dengan sebaik2nya untuk merebut peluang beramal dan mohon keampunan
d dalam bulan ramadhan yang mulia ini . Dengan banyakkan doa n taubat , taddarus alquran , berterawih , berwitir , bpuasa n bersahur , bersolat jemaah d masjid , bsedeqah n berzakat . Sebab kehadirannya , bukan setiap hari tetapi hanya setahun sekali dan belum pasti lagi kita akan bertemunya d tahun akan datang .
Abu hurairah r.a berkata
' Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar sambil berkata ..Amin ! , amin !, amin !, Seorang bertanya : wahai rasulullah , sesungguhnya engkau telah naik ke mimbar sambil mengucapkan amin sebanyak tiga kali . (Mengapa?) . Jawab baginda : Sesungguhnya Jibril as telah datang kepadaku lalu berkata : Sesiapa yang sempat mendapatkan bulan ramadhan tetapi allah tidak mengampunkan dosanya dia pasti d humbankan ke neraka dan d jauhkan daripada allah ( d hari kiamat) . Dia perintahkan aku agar menyebut amin lalu aku pun mengucapkan amin ........'
- alBukhari
wallahuaklam
